7 Makanan 'Survival' Minggu-Minggu Pertama Selepas Berkahwin

Oleh Adilah Fatin

Kalau makan hari-hari di luar pun tidak syok, bukan? Ini makanan survival di rumah untuk minggu-minggu pertama selepas anda berkahwin.

#1: Nasi lemak

Foto: Friedchillies.com

Okies, melainkan ada nasi lemak sedap di sekitar rumah anda, anda belajar dulu masak nasi lemak sebelum berkahwin. Tak kiralah anda lelaki atau perempuan. Nampak macam remeh, namun sebenarnya sangat mudah. Ini juga boleh membantu anda sekiranya anda bermalam di rumah mentua dan 'in charge' untuk sediakan breakfast keesokkan paginya. Of course, beli lebih mudah. Tapi jika masak sendiri, bukankah lebih umpph.


Wedding Hanger

#2: Spaghetti

Foto: Wikihow

Tidak kisahlah bolognese ke, carbonara ke, aglio oglio ke, apa-apa ke, spaghetti ni bukan sahaja murah, malah cepat dan makin murah. Jika makan di luar sepinggan boleh mencecah RM20, kalau buat sendiri, satu kuali baru RM25++. Jadi tidaklah anda hanya makan sedikit 'fancy' di hujung bulan sahaja. Tengah bulan pun boleh. Untuk para suami, jika anda berhasrat untuk masak di hari-hari istimewa (read: hari jadi isteri/anniversary/etc) inilah 'stepping stone' anda. Bukan mulakan dengan maggi ya.

#3: Telur

Foto: Liputan 6

Selepas berkahwin, yang jarang memasak tentunya agak takut untuk bereksperimen dengan daging/ayam atau ikan. Jadi anda boleh mulakan dengan telur. Telur masak kicap, telur masak lemak, telur goreng, telur bistik, telur bungkus, pendek kata, telur ini agak universal dan boleh menyelerakan hampir sesiapa sahaja. Breakfast boleh, makan tengah hari boleh, dinner boleh, hatta makan supper maggi pun boleh letak telur. Jadi, 'stock up' telur.

#4: Ayam/Ikan/Daging

Foto: petuanenek.com

Sekarang ada banyak rempah segera jika anda berhasrat untuk memasak lauk-lauk yang sedikit ekstravagan. Jika anda mahu perencah ayam goreng seperti KFC pun ada. Jadi, anda tidak perlulah risau sangat. Lainlah jika anda mahu semuanya sihat tanpa bahan pengawet, yang itu anda perlu rajin men-'google'. Jika anda telah berusaha namun masih tidak berjaya, selamatkan diri anda dengan terus membeli ayam goreng yang telah diperap dan disalut dengan perencah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menggorengnya sahaja. Kalau daging atau ikan pula, di pasar raya selalunya mereka ada jual makanan yang diperap dan hanya perlu dipanggang (pan grill pun boleh). Cheat code untuk newbies.

#6: Lauk kegemaran pasangan

Foto: azian-muhammad.blogspot.my

Hah! Ini cara paling senang untuk survive minggu-minggu pertama perkahwinan. Anda belajar memasak lauk kegemaran pasangan anda. Walau dijamu beberapa kali seminggu pun, tentunya tidak bosan. At least, enough to buy some time for you to master another recipe.

#7: Delivery!!!!

Foto: picturearea.blogspot.my

Kadang kala anda dan pasangan hanya mahu duduk di rumah, memakai baju tidur sepanjang hari dan bermalasan di rumah. Hari-hari sebeginilah nombor-nombor restoran yang menyediakan perkhidmatan penghantaran amat berguna: Pizza Hut, KFC, Nando's etc. Kadang kala, gerai-gerai makanan biasa juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran. Terutamanya jika anda tinggal di kawasan universiti. Jadi, ketika anda makan di luar itu, tengok-tengoklah jika mereka ada paparkan nombor telefon di menu atau gerai mereka.

. . . . . . . . . .

Foto header: Hafizudin Hamdan


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin