7 Perkara Lazim Trimester Kedua

Oleh Adilah Fatin

Anda sudah masuk trimester kedua? 7 perkara ini anda patut baca.

#1: Loya berkurang. Jika dalam trimester pertama, anda loya-loya, dalam trimester kedua ini simptom ini akan berkurangan atau hilang sama sekali. Best kan? Anda juga mungkin akan mula rasa sedikit tidak selesa di bahagian perut kerana uterus anda sedang membesar dan regangan ligamen di sekitarnya. (Foto: Genius Beauty)

#2: Kehadiran bayi lebih nyata. Dalam trimester pertama, bayi anda membesar tanpa anda benar-benar merasai kehadirannya. Tetapi, masuk minggu 16 hingga 20, anda sudah boleh mula merasai bayi anda bergerak-gerak. (Foto: Rust & Sunshine)

#3: Kurang nafas. Aktiviti-aktiviti biasa yang selalunya anda boleh buat dengan mudah pun boleh buat anda sedikit termengah. Jangan risau, ini adalah normal. Tapi jika anda sesak nafas, rujuk doktor anda. (Foto: What To Expect)

#4: Perubahan fizikal. Masuk sahaja minggu ke-16, perubahan fizikal anda akan lebih ketara. Anda mungkin perlu mula memakai baju mengandung. Yeay! Masa untuk shopping! ... dan kalau baju tidur dah tak muat, ambil saja t-shirt suami. (Foto: Octer)

#5: Perubahan emosi. Okay ini tidak apa. Bukan sengaja buat, tapi hormon yang buat. Selagi boleh, cuba kawal. Mungkin dengan buat perkara-perkara yang boleh menggembirakan anda. Hang in there, future mommies! (Foto: Mom.me)

#6: Mimpi. Pembesaran bayi dalam uterus anda yang makin ketara mungkin membuat anda sedikit 'nervous' sampai terbawa-bawa ke mimpi yang kurang elok. Tapi janganlah ingat ini membawa alamat yang tidak elok. Tidak ada apa-apa pun. Kadang kala kalau kita resah, boleh bawa sampai ke mimpi. Anda relaks, ok? (Foto: Health Central)

#7: Senaman. Simptom trimester kedua lebih minimal berbanding trimester pertama, jadi inilah masa yang sesuai untuk anda kembali bersenam. - Kegel, berenang, prenatal yoga atau berjalan. Jika anda masih skeptikal, dapatkan nasihat doktor. (Foto: The Pilates Corner)

. . . . . . . . . .

Sumber: Parenting

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin