7 Sebab Mereka Bersyukur Tentang Pasangan

Oleh Adilah Fatin

Kami tanya 7 orang tentang perkara yang mereka paling bersyukur tentang pasangan masing-masing. Ini adalah jawapan mereka.

#1: Jiji

"Dia setia sangat dan dia support saya bila saya down. Saya ini self-employed. Jadi risky sikit. Tapi dia cakap tak apa. Dia tahu risikonya, tapi dia terus galakkan saya untuk kerja keras."

#2: Illy

"Dia bukan lelaki Melayu tipikal yang semua kerja perempuan tak mahu buat. Dia selalu tolong saya. Jadi, saya tak susah langsung. Tolong masa saya kemas rumah, masa saya masak. Dia juga a good listener. Lepas tu saya tidak pernah rasa macam suami duduk relaks je tak buat apa setakat ini. Dia sangat helpful dan memahami. Kadang kala kami bungkus makanan lunch box makan dalam kereta sama-sama. Macam every second counts. Nampak sangatlah dengan perlakuan dia."



#3: Nina

"Saya grateful that he is the way he is. Penyabar sangat. Saya emo lah macam mana pun. So far dah nak masuk 6 tahun, tak pernah lah tak pujuk."



#4: Syahmi

"Dia sangat garang tapi dia punya manja only for me."

#5: Hazirah

"Sanggup susah senang sama-sama. Dulu sama-sama tak ada apa apa. Dating turun naik bas, naik LRT sampai ke motor dan last sekali dah ada kereta."



#6: Afiq

"Dia selalu consider saya sebagai priority no matter what. Rasa macam grateful dia fikir macam itu pasal saya."

#7: Dee

"Dia bukan sahaja 'partner', dia bestfriend saya juga. Dan dia ngam dengan family saya. Lega."

. . . . . . . . . .

Semua foto: Tied The Knot

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin