7 Tanda Kestabilan Hubungan Anda & Pasangan

Oleh Adilah Fatin

Kestabilan hubungan boleh dinilai dengan pelbagai cara. Tujuh tanda ini mungkin ada kena mengena sedikit dengan anda dan pasangan.

#1: Break up setiap kali gaduh? Kini tidak lagi. Mungkin tidaklah ketika baru bercinta. Mungkin di pertengahan sedikit. Kalau dulu sikit-sikit gaduh keluar ayat 'KITA CLASH!' lepas itu buat *muka garang* dan sebagainya. Sekarang, tiada macam itu pun. Lepas gaduh, cool down sekejap, bincang apa yang perlu dan boleh gelak-gelak balik. Dulu fikir marah sangat sampai tak tahan. Tapi nanti lambat laun berbaik semula juga. So apabila dah stabil ini, anda dan pasangan dah skip drama dramatik ini sebab dah tahu apa yang akan jadi seterusnya. (GIF: MTV)

#2: Tidak perlu mesej/telefon sepanjang masa. Selepas beberapa masa berlalu, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya. So, kurang sikit benda yang perlu ditanya. Selari dengan itu, rasa kepercayaan terhadap pasangan juga bertambah mengikut masa, jadi tiada rasa keperluan untuk berasa curiga tentang whereabouts pasangan anda, dan tidak kisah sangat dah jika tidak mesej sepanjang masa pun. (GIF: Tumblr)

#3: Anda nampak kelebihan dan kekurangan satu sama lain. Okay, cinta ini memang macam magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun jadi kelabu. Tapi apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini. Yang dulu selalunya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma makin mengenali baik buruk pasangan. Just be glad yang anda dan pasangan sudah melalui fasa berikutnya - fasa realiti. (GIF: Clint Catalyst)

#4: Anda berdua faham satu sama lain. Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stress, apabila pasangan rasa nak makan tapi tak tahu nak order apa. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh 'baca' satu sama lain. (GIF: Pretty 52)

#5: It's okay to agree to disagree. Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua okay dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh pun selepas berbincang. (GIF: Funny Gifs)

#6: Cakap pasal masa depan. Kalau dulu apabila cakap pasal masa depan, macam takut-takut. Silap haribulan boleh gaduh. Tapi sekarang sudah tidak sebegitu. Anda berdua lebih fokus tentang matlamat masa hadapan bersama. And the best part is, anda berdua bukan setakat merancang, anda berdua turut berusaha gigih ke arah matlamat itu. (GIF: Photo Bucket)

#7: Anda tahu kenapa anda cintakan pasangan. Pernah tak dulu apabila orang tanya, "Apa yang you suka sangat pasal dia?" lepas itu anda tidak tahu untuk jawab apa sebab anda sendiri sebenarnya tidak pasti sangat kenapa anda suka pasangan anda. Sekejap pasal ini, sekejap pasal lain. Kadang kala sampai anda sendiri keliru. Tapi sekarang, kalau orang tanya anda boleh listkan dah. '10 Sebab Anda Sayang Pasangan?' '15 Benda Paling Cute' Semua itu ada dalam tangan dah. Dulu mungkin anda tidak kenal sangat pasangan. Tapi sekarang anda sudah lebih mengenalinya dan anda suka baik buruknya, dan yang paling best, baik buruk anda berdua itulah yang menguatkan lagi hubungan anda berdua. (GIF: Tumblr)

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin