7 Tips Mencari Lokasi Perkahwinan

Oleh Adilah Fatin

Sedang mencari lokasi yang sesuai untuk melangsungkan hari bersejarah anda dan pasangan? Kami senaraikan 7 tips untuk anda berdua.

#1: Kos

Ini semestinya perlu berada dalam senarai teratas apabila mencari tempat berlangsungnya perkahwinan anda nanti, tidak kiralah majlis akad nikah atau resepsi. Ada banyak laman web oleh blogger-blogger tempatan yang juga bakal pengantin (ada yang dah selamat melangsungkan majlis pun) telah menyenaraikan lokasi-lokasi yang sesuai dengan harga sewanya sekali. Pastikan blog yang anda baca itu paling terkini sebab ada yang harga sudah naik. Anda boleh Google sendiri atau tekan link ini: 'Senarai Sewa Dewan Kahwin'

#2: Pakej

Ada sesetengah lokasi menawarkan dewan sahaja. Ada sesetengah yang menwarkan sekali dengan pakej. Anda cuba lihat mana yang sesuai dengan anda. Ada juga yang menyewakan dewan kosong sahaja, di mana anda perlu menyewa kerusi dan meja makan sendiri....dan ada juga yang akan meminta anda membayar sedikit ekstra jika anda tidak mahu menggunakan 'in house' katerer. Akhir sekali ada yang menawarkan semua benda, termasuk baju pengantin dan cenderahati untuk tetamu. Ikutlah mana yang sesuai untuk anda, pasangan dan bajet anda.

#3: Parking

Ada sesetengah tempat ada masalah susah untuk tetamu mencari parking, ada juga tempat yang perlu dibayar parkingnya. Tapi ada juga hotel-hotel yang menawarkan 'flat rate' untuk tetamu majlis perkahwinan yang diadakan di hotel mereka.

#4: Tarikh

Agak-agak kalau tarikh yang dipilih anda itu musim hujan atau musim jerebu, (hint: hujung tahun) mungkin ada baiknya anda memilih lokasi dalam bangunan. Paling penting, anda perlu confirm terus hal lokasi majlis paling elok 4 bulan sebelum majlis berlangsung. Lebih-lebih lagi jika tarikh yang anda pilih itu adalah pada musim cuti sekolah atau lokasi yang anda pilih adalah lokasi panas pilihan bakal pengantin.

#5: Keluarga

Majlis perkahwinan ini pun melibatkan keluarga. Tidakk kisah jauh atau dekat, seboleh-bolehnya mereka pun mahu berkongsi sama kegembiraan anda. Paling-paling, pastikan lokasi yang anda pilih, mudah untuk mereka menyewa hotel atau homestay. Anda pun boleh menyumbang sedikit jika anda mampu.

#6: Tag lokasi Instagram

Ada akaun Instagram? Ini cara paling mudah nak survey tempat kahwin. Selalunya tetamu/jurugambar/pengantin akan tag lokasi majlis mereka. Hah. Klik link yang berwarna biru itu. Siap ada peta lagi kan? Anda tengok lah gambar-gambar di bawah tag lokasi itu. Mana tahu anda berkenan dengan lokasi majlis itu.

#7: Pengantin

Ini yang paling penting. Pada majlis anda nanti, bintang sebenar adalah anda dan pasangan. Jadi, yang paling penting, anda dan pasangan haruslah selesa dengan pemilihan tempat. Jika anda tidak suka ruang yang kecil dan sesak, mungkin anda boleh menempah ruang yang besar. Jika anda atau pasangan cepat berpeluh, dewan yang mempunyai pendingin hawa adalah lebih sesuai untuk anda berdua. Jadi, pilihlah lokasi yang sesuai untuk anda berdua. Yang paling penting, anda berdua selesa dan gembira di samping insan-insan tersayang.

. . . . . . . . . . .
Semua foto: The Leiora
. . . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin