7 Tips Peti Sejuk Yang Kemas & Bersih

Oleh Adilah Fatin

Selain dapur, peti sejuk yang bersih pun penting, bukan? Kami kongsikan tips untuk peti sejuk yang sentiasa kemas, sistematik dan yang penting sekali, bersih.

#1: Guna bakul. Bakul sebenarnya organiser yang paling mudah dan murah untuk apa-apa barang pun. Yes, even barang dalam peti sejuk anda. Jika anda beli banyak-banyak warna agak serabut, anda boleh beli warna yang sama. Saiz sederhana atau kecil saja sudah cukup. Murah pun murah. Boleh beli di kedai RM2 atau Daiso. (Foto: Babble)

#2: Label. Jika anda label bakul atau bekas yang anda gunakan untuk simpan makanan, bukan sahaja mudah untuk anda cari barang, malah nampak lebih tersusun dan sistematik. OCD? Tidak tidak. Tidak salahkan nak mudahkan urusan dengan melabel bekas rempah semua. At least, tiadalah kena bau satu persatu rempah untuk tahu mana satu rempah yang anda cari. (Foto: Jewel Pie)

#3: Tukar plastik sayur. Hah. Kalau nak barang sayur tahan lama dan tak layu sampai berair, anda kena buat kerja lebih sedikit. Jangan lepas beli sayur tu, terus letak sekali dengan plastik daripada kedai itu terus ke dalam peti sejuk anda. Tukar dalam plastik yang sealable atau bekas makanan lutsinar. Mana-mana satu yang anda suka dan mudah untuk anda. Jika anda beli bayam atau sayur lain yang selalunya berpasir, anda potong bahagian yang tidak perlu dan masukkannya dalam bekas yang bertutup. Kemudian, barulah masukkan dalam peti sejuk. Jadi, tidaklah peti sejuk anda berpasir. Sayur pun tahan lebih lama. (Foto: Ikea Malaysia, RM8.90/3pcs)

#4: Cuci dan bahagikan makanan basah anda ke dalam bekas. Sebelum anda masukkan makanan basah anda ke dalam peti sejuk, cuci dan buang bahagian yang patut. Kemudian, masukkan ke dalam bekas makanan yang boleh ditutup atau plastik sealable (jika kawasan terhad) mengikut portion yang sesuai untuk sekali masak. Lebih mudah untuk anda ketika memasak nanti. Nak defrost pun senang. Jika anda masukkan dalam kuantiti yang banyak dalam satu bekas, anda cenderung untuk defrost kesemuanya, guna sedikit sahaja dan masukkan balik selebihnya ke dalam peti sejuk beku. Kalau macam ni nanti makanan anda akan cepat rosak. (Foto: Ikea Malaysia)

#5: Simpan lauk lebih dalam bekas bertutup. Kadang kala anda ada bau yang kurang menyenangkan? Mungkin datangnya daripada lauk yang anda masukkan ke dalam peti sejuk tanpa menutupnya. Invest sedikit untuk beli bekas bertutup - lebih mudah, beli yang microwavable. Senang untuk anda simpan dan panaskan nanti. Bekas makanan lutsinar itu pun sudah memadai. Bawah RM10 sudah dapat. Nanti tidak adalah anda tertolak pinggan lauk dalam peti sejuk, lauk tumpah, kena cuci cepat kalau tidak, kuah nanti jadi keras etc. (Foto: Ikea Malaysia)

#6: Bahagikan kawasan. Anda bahagikan kawasan peti sejuk anda mengikut kategori. Kalau buah, jangan campur dengan makanan lain, mentega, satu kategori dengan keju dan sebagainya. (Foto: Edited Interiors)

#7: Terus lap. Seperti yang ada dimensi tadi, kalau ada kotor saja, atau jika ada apa-apa yang tumpah, terus lap. Jika anda tunggu lama-lama, nanti kuah itu akan jadi keras. peti sejuk bahagian bawah bukan kebal bakteria. Barang makanan yang lama tetap boleh berkulat. termasuklah kuah yang tumpah dan tidak dilap tadi. (Foto: eBay)

. . . . . . . . . .

Kami berminat untuk mendengar cerita anda. Jadi sebahagian responden kami untuk artikel seterusnya dengan menjawab beberapa soalan di sini: iKahwin

Baru berkahwin & ingin kongsikan cerita perkahwinan anda? Hantarkan email kepada adilahfatin.mi@gmail.com

. . . . . . . . . .



comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin