8 Fakta Menarik Tentang Menyusu Badan

Oleh Adilah Fatin

Anda mungkin sudah tahu sebahagian fakta ini, namun, mungkin juga ada yang anda belum tahu lagi.

#1: Boleh mengurangkan berat badan. Perasan tak wanita yang menyusu badan anak mereka rata-ratanya mudah menghilangkan berat tambahan yang mereka dapat ketika mengandung? Kadar metabolisme yang diperlukan untuk menyusukan anak anda setiap hari bersamaan dengan kadar yang diperlukan untuk berjalan sejauh 7 batu (7 batu = 11.27km). (Sumber: The Bump)

#2: Susu badan memberi bayi anda nutrien dan antibodi. Susu badan dianggap sebagai makanan yang ideal untuk bayi anda. Kandungan nutrien dan antibodi dalam susu ini bagus untuk pertumbuhan sihat bayi anda dan melindungi mereka daripada penyakit yang lazim untuk bayi di seluruh dunia seperti pneumonia. (Sumber: WHO) (Foto: Gorgeous In Grey)

#3: Bukan sebab kurang bekalan susu badan. Jangan khuatir jika bekalan anda merasakan seperti bekalan susu badan anda makin berkurang. Ini mungkin bemakna badan anda sudah dapat menyesuaikan dengan kadar keperluan penyusuan bayi anda. (Sumber: Baby Center) (Foto: Tumblr)

#4: Susu badan anda bagus untuk perkembangan jangka masa panjang bayi anda. Efek susu badan bukan hanya untuk ketika bayi anda kecil saja, malahan risiko untuk menghidap penyakit seperti diabetes jenis I dan II, tekanan darah tinggi, asma, eczema, leukemia dan juga obesiti dapat dikurangkan. (Sumber: Health Foundations Baby Center) (Foto: One Hallyu)

#5: Termometer. Payu dara ibu boleh mengesan peningkatan atau penurunan suhu badan bayi dan bertindak mengikut keperluan untuk mengekalkan suhu bayi. Ini adalah antara satu sebab penting sentuhan antara ibu dan bayi di awal kelahiran. (Sumber: Health Foundations Birth Center) (Foto: Tumblr)

#6: Menyusu membuat anda dan bayi relaks. Penyusuan bayi mencetuskan penghasilan hormon 'oxytocin' yang membuat anda dan bayi tenang dan relaks. (Sumber: The Bump) (Foto: Baby Animals Pictures)

#7: Puting susu anda bukan yang seperti anda sangkakan. Susu disembur daripada banyak lubang. Bukan satu sahaja. Lain wanita, lain jumlah lubangnya. (Sumber: The Bump) (Foto: Pinterest)

#8: Bau. Bayi yang disusu badan boleh membezakan ibu mereka daripada bau mereka sahaja. (The Bump) (Foto: Tumblr)

Akhir-akhir ini di media sosial dan laman web, ada banyak komen yang berbaur negatif ditujukan kepada ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusu badan. Janganlah anda jadi sebegitu juga. Anda ada cara anda. Ibu-ibu lain juga ada cara mereka sendiri. Fahamilah yang setiap individu ada cara dan kesukaran mereka sendiri. Jadi 'supportive' kepada ibu-ibu lain okay?

. . . . . . . . . .

Foto header: BHM Pics

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin