8 Inspirasi Veil Untuk Hari Bahagia Anda

Oleh Adilah Fatin

Veil adalah pelengkap kepada persalinan perkahwinan atau pertunangan anda. Mulakan pencarian inspirasi anda di sini.

#1: Hiasan beading yang separa berat di atas veil anda boleh menjadikan stail anda kelihatan elegan. Susunan beading dengan corak yang berseni menjadikan veil anda kelihatan lebih eklusif. (Foto: Hafizudin Hamdan)

#2: Kadang kala anda tidak perlukan beading untuk tampak manis. Cukuplah dengan sulaman kerawang yang berpadanan dengan baju anda. Veil pendek juga sesuai untuk yang berbadan petite dan yang mahu kelihatan ringkas. (Foto: Finefolx)

#3: Jika selalunya anda lihat hiasan kerawang atau beading yang bertona sama untuk veil, apa kata anda cuba yang leain sedikit. Warna kontra menambahkan lagi 'umpphh' untuk persalinan anda. (Foto: Finefolx)

#4: Jika anda tidak selesa dengan veil yang menutup sebahagian atau seluruh kepala, apa kata anda guna veil jenis yang menutup sikit sahaja kepala anda. Pasti comel. (Foto: Finefolx)

#5: Anda bertudung labuh? No problem. Gunakan veil yang sama panjangnya dengan tudung anda. Jika veil anda lebih pendek, akan kelihatan sedikit canggung dan jika terlampau panjang, agak tidak sesuai pula. Jadi, gunakan veil yang sama panjangnya dengan tudung anda.

#6: Veil anda juga tidak semestinya perlu menutup bahu anda, anda boleh biarkannya memanjang ke belakang. Hiasan yang berat di bahagian atas kepala menjadikannya lebih stabil dan kukuh di atas kepala anda nanti. (Foto: Finefolx)

#7: Jika hiasan beading yang berat atau kerawang bukanlah citarasa anda, dan anda mahukan sesuatu yang lebih ringkas, gunakan veil dengan potongan sisi yang menarik. Di bahagian tepi potongan ini, hiasakan secara minimal seperti yang anda suka. (Foto: Finefolx)

#8: ...dan anda juga boleh tidak mengenakan veil langsung. Letakkan sahaja hiasan bunga di atas kepala. Mudah dan cantik juga. (Foto: Finefolx)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin