7 Tips Gym Daripada Abang Gym

Oleh Adilah Fatin

Dapatkan tips-tips gym daripada abang-abang gym yang kami temubual ini.

#1: 'Basic gears' untuk golongan yang baru berjinak-jinak dengan gym...

Akmal: Kasut dan tuala
Thiago: Sportswear
Shuk: Sarung tangan, kasut sukan
Huzaifah: Hand wraps, lifting strap, kasut

#2: Kesilapan biasa yang selalu dibuat 'newbies'...

Akmal: Tak letak balik dumbell dekat rack, malu bertanya tentang sesuatu senaman, main hempas-hempas weight.
Thiago: Kalau tak confident betul ke tak, tanya orang sekeliling, tak kemas balik dumbell.
Shuk: Workout terlebih masa dan main secara salah. Lepas tu, angkat terlalu berat daripada kemampuan.
Huzaifah: Wrong step in workout, lack of knowledge in workout machine, sombong dan tak mahu dengar nasihat orang lain.

Sumber foto: Nairaland Forum

#3: Macam mana kalau ada yang cakap, "Dah work out, tapi tak kurus-kurus pun." Apa yang salah?

Akmal: Cara makan harian tak betul, work out tak betul, mental tak kuat kena konsisten. Memang makan masa sikit.
Thiago: Cara makan tak betul, exercise kena power, tak konsisten.
Shuk: Pemalas, makan banyak.
Huzaifah: Tiada determination, mentaliti lemah, tak kerja keras, dan malas.

#4: TIGA perkara yang buat pengunjung gym lain rasa kurang selesa...

Akmal: Peluh tak reti nak lap, tak pakai baju, sikit-sikit nak flex depan cermin dan selfie.
Thiago: Bising, hempas dumbell, buka baju acah sado.
Shuk: Peluh busuk, tak pakai baju, mulut bising.
Huzaifah: Tak guna tuala walaupun berpeluh banyak, buat bunyi pelik masa workout, buka baju dan ambil banyak ambil selfie.

Sumber foto: Wellnessly

#5: Protein itu perlu ke?

Akmal: Kalau nak pakai pun boleh, lebih bagus. Kalau nak natural pun boleh tapi kena jaga makan dan ambil masa.
Thiago: Tak payah pun tak apa, tapi kalau nak power pakai la, lagi bagus.
Shuk: Perlulah kalau nak sado.
Huzaifah: Ya.

#6: "Saya nak slim, kena juga ke angkat berat/weighlift tu semua?"

Akmal: Tak payah. Work out tepi tasik pun boleh. Tapi kalau nak ada strength yang bagus, pakailah weight.
Thiago: Tak payah, home work out pun boleh.
Shuk: Haruslah.
Huzaifah: Ya. Sebab weightlifting boleh burn fat dan buat you peluh banyak.

Sumber foto: Fit & Healthy

#7: Hot tips untuk gym newbies...

Akmal: Konsisten, mental kena jaga, peduli apa orang cakap dan fikir positif.
Thiago: SEMANGAT TU PENTING! Wake up with determination, go to bed with satisfaction.
Shuk: Bila dah nampak result, benda jadi ketagihan.
Huzaifah: Kena konsisten, kena ada goals dalam hidup dan kena ada determination.

. . . . . . . . . .

Foto header: Gyms Near Me


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin