8 Tips Memakai Kanta Lekap

Oleh Adilah Fatin

Untuk bakal pengantin yang bercadang untuk baru memakai kanta lekap di hari bahagia anda, tips ini mungkin dapat membantu.

#1: Jangan pakai kanta lekap lebih lama daripada yang sepatutnya. Jika kanta lekap anda jenis bulanan, jangan guna lebih daripada tempoh yang ditetapkan. Jika anda menggunakan kanta lekap jenis harian, jangan guna semula kanta lekap yang sama setelah anda menanggalkannya walaupun kanta lekap anda masih baru lagi.

#2: Basuh tangan. Pastikan anda basuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap anda. Jangan pegang bahan yang berminyak atau sarat dengan wangian sebelum menyentuh kanta lekap anda.

#3: Tercampur. Pastikan anda tidak tercampur antara kanta sebelah kanan dan kiri.

#4: Cabut kanta. Basuh tangan dulu, jangan lupa.

#5: Bersihkan kanta. Gunakan solusi yang dikhaskan. Jangan guna solusi lain. Gosok-gosok sikit. jangan guna air paip! Guna air liur pun tak boleh tau.

#6: Bekas kanta lekap. Seperti kanta lekap anda, bekasnya pun perlu selalu dicuci.

#7: Mata rasa tidak selesa. Jika mata anda berasa tidak selesa selepas memakai kanta lekap, buka dan cuci sedikit menggunakan solusi khas.

Jika masih berasa tidak selesa, cabut dan guna kanta baru. Jika mata anda merah dan masih sakit walaupun tanpa menggunakan kanta lekap, jumpa doktor mata.

#8: Mekap. Pakai kanta lekap anda sebelum menggunakan mekap di bahagaian mata.

. . . . . . . . . .

Sumber: WebMD

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin