9 Benda Yang Anda Sebenarnya Mampu Jika Anda Tidak Merokok

Oleh Adilah Fatin

Kami senaraikan 9 benda lain yang anda boleh lakukan dengan jumlah wang yang anda selalunya belanjakan untuk rokok.

#1: Upgrade kereta


Okay. Jika rokok anda berharga RM15 dan anda merokok setiap hari, dalam sebulan anda akan berbelanja sekurang-kurangnya sebanyak RM450. Tambah dengan ansuran kereta anda sekarang, sudah melebihi RM1000, bukan? Hah, daripada kereta kecil, sebenarnya anda pun mampu untuk miliki kereta sedan yang lebih besar dan selesa. (Sumber foto: Honda)

#2: Makan mahal

Orang Malaysia bukan sahaja suka berbelanja untuk penampilan diri, mereka juga suka berbelanja untuk makanan yang sedap. Sebenarnya anda pun boleh. Mengikut perkiraan kasar, RM450 itu bersamaan dengan 12 kali sesi minum kopi di Starbucks untuk dua orang, 2 kali makan buffet daging di Restoran Samba Brazillian Steakhouse bersama pasangan dan beberapa kali sesi makan malam di restoran Jepun ekslusif, Kiraku. Selalu anda tengok sahaja orang sambut 'birthday' dan anniversary di Atmosphere 360 Menara KL, Marini's on 57, Restoran Thirty8 di Instagram, anda pun sebenarnya mampu saja. Kalau tidak berbelanja lebih untuk rokok, memang ada banyak duit lebih sebenarnya. (Sumber foto: Marini's on 57)

#3: Bercuti

Selalu kalau nak bercuti fikir tiada bajet? Anda bolehlah, sebenarnya. Bercuti tidaklah mahal sangat. Harga tiket penerbangan pun murah sekarang ini. Perlu simpan lebih sedikit untuk tempat tinggal dan wang belanja sahaja. Simpan duit rokok anda selama 3 bulan, anda boleh kumpul sebanyak RM1350. Itu sudah cukup untuk 'weekend gateway' untuk anda dan pasangan. Kalau beli rokok, nanti jadi asap kepul-kepul sahaja. Namun, kalau bawa pasangan bercuti berdua, sampai sudah bercucu pun mereka masih akan ingat. (Sumber foto: Flickr Law Hui Sheng)

#4: Barangan elektrik

Merancang untuk berkahwin atau baru berkahwin? Mesti ada survey-survey barangan elektrik kan? Antara dua item penting yang perlu dibeli adalah peti sejuk dan mesin basuh. Kalau mahu yang elok dan tahan lama, adalah dalam Rm1500++. Jangan cakap mahal pula. Ini baru perbelanjaan rokok anda untuk 3 bulan setengah. Sekurang-kurangnya, item ini anda boleh gunakan selama 10 tahun. Anak sudah masuk darjah 4 baru perlu tukar baru. Lagipun, dengan teknologi terkini, yang mahal sedikit ini lebih jimat penggunaan elektriknya. Kiranya macam pelaburan jangka masa panjang. (Sumber foto: Samsung)

#5: Ubah suai rumah


Anda dan pasangan berhasrat untuk mengubah suai dapur atau mana-mana bilik di rumah? Buat saja. Jika anda tidak merokok selama setahun, anda boleh menyimpan sekurang-kurangnya sebanyak RM5400. Tambah sedikit dengan wang simpanan anda, anda sudah boleh mengubahsuai dapur anda. Tidak perlu bertangguh lagi. Sejuk sedikit mata ketika hendak memasak di dapur. (Sumber foto: Pinterest)

#6: Simpanan


Tidak kiralah di mana anda bercadang untuk menyimpan, bank ke, ASB ke, bawah bantal ke, RM450 sebulan sebenarnya adalah lonjakan yang besar untuk simpanan bulanan anda. Walaupun anda rasa mungkin nilai ini agak kecil, tapi ingatlah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Dalam 10 bulan, RM450 ni akan menjadi RM4500. Sudah boleh bayar duit booking beli rumah. (Sumber foto: Think Glink)

#7: Gym

Anda selalu beri alasan yuran bulanan gym mahal dan sebagainya? Sebenarnya ada yuran bulanan gym yang kurang daripada satu pertiga wang yang anda belanjakan ke atas rokok. Part bestnya, jika anda betul betul gigih dan disiplin, anda boleh nampak hasilnya. Buncit semakin samar, tangan dan dada lebih tegap, paha yang lebih berotot, stamina yang lebih gagah dan pernafasan yang lebih lancar. Kalau hisap rokok? Nanti asyik batuk-batuk sahaja. Lagipun kalau berhenti rokok, anda selalunya akan mula mencari hobi baru. Bersenam pun boleh jadi hobi baru anda. Bawa pasangan juga untuk bersenam bersama. Syoknya. (Sumber foto: Blue Gym)

#8: Diri anda

Bangun pagi-pagi, berdepan dengan traffic jam, balik lambat, terlepas waktu makan dan sebagainya. Anda memang hebat. Tapi bila mahu reward diri anda sendiri dengan beli jeans baru, kasut baru yang mahal sikit, anda macam berkira-kira. Janganlah macam itu. Anda sebenarnya mampu saja. Kalau tidak merokok, anda boleh beli Clarks yang boleh tahan bertahun. Anda boleh beli apa-apa jenama jeans yang anda mahu pun. Tidak perlu simpan berbulan pun. Sebulan punya belanja rokok dah cukup untuk cover. (Sumber foto: Business Insider)

#9: Beri duit belanja lebih kepada isteri

Hihi...ini bukan berat sebelah. Tapi mesti anda mahu isteri anda nampak cantik, anggun dan fabulous walaupun di rumah kan? Nak maintain itu semua bukan murah tapi tidaklah mahal sangat. Walaupun isteri anda kata nak buat sesi lulur, scrub itu sendiri di rumah, bahan-bahan itu pun perlukan sedikit belanja. Produk kecantikkan kulit pun bukannya murah. Jika isteri anda mahu maintain bentuk tubuhnya seperti zaman sebelum berkahwin dan hanya mahu bersenam di rumah pun, anda beri lebih sedikit duit belanja untuknya beli alatan yang perlu. Yoga mat, sports bra yang selesa, pemberat yang bersesuaian, bola senaman dan sebagainya. Mahu isteri anda berpakaian cantik-cantik? Daripada anda beli rokok, anda boleh berikannya kepada isteri anda untuk beli tudung dan baju baru. Nak isteri nampak cantik bukan dengan cara sindir-sindir atau teguran sahaja tau. Itu baru penyataan masalah. Anda kena ada solusinya juga. Anda berhenti rokok, isteri boleh maintain cantik. Win win, bukan? Anda pun boleh cantik-cantik di rumah juga. Itu lagi win win. (Sumber foto: Styles Weekly)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin