9 'Cooking Hacks' Anda Patut Cuba

Oleh Adilah Fatin

Jimatkan tenaga dan masa anda dengan 9 'cooking hacks' ini.

#1: Potong bawang merah tanpa menitiskan air mata

Walaupun menggunakan goggle untuk mengelakkan mata anda berair kedengaran lebih mudah, anda juga boleh masukkan bawang merah ke dalam 'freezer' selama 10 hingga 15 minit sebelum memotongnya. (Foto: Pop Sugar)

#2: Keluarkan kulit telur yang termasuk di dalam telur

Kadang kala apabila pecahkan telur dalam mangkuk, cebisan kulitnya pun termasuk sama bukan? Jika selalunya anda terus guna jari anda untuk mengeluarkannya, apa kata kali ini anda basahkan dahulu jari anda sebelum mengeluarkan kulit telur itu? Atau lebih mudah, gunakan sahaja cebisan kulit telur yang lebih besar untuk mencedok serpihan kulit telur keluar. (Foto: The Kitchn)

#3: Suhu dan tempoh untuk teh

Pernah tak anda celup uncang teh hijau anda terlalu lama sehingga teh anda kehitaman dan menjadi terlalu pahit? Setiap jenis teh sebenarnya mempunyai suhu dan tempoh yang berbeza. (Foto: Utility Journal)

#4: 'Scoop' ais krim yang keras

Apabila anda letak ais krim yang anda beli dalam peti sejuk beku, ais krim selalunya akan mejadi keras dan susah untuk di-'scoop' keluar. Rendamkan pencedok ais krim anda di dalam air panas sekejap. Lap, dan terus cedok ais krim anda. Sekarang tentunya lebih mudah. (Foto: Food Manufacture)

#5: Perah lemon

Jika anda sakit tangan ketika hendak memerah lemon, gunakan bahagian tengah pengepit. Anda boleh memerah dengan lebih efisien dan berkesan. (Foto: Food Hacks)

#6: Pisang terlampau masak

Pisang cepat masak jika dibiarkan di suhu bilik. Untuk mengelakkan ini terjadi, pisahkan setiap biji pisang itu daripada sisirnya. (Foto: Healthy Food House)

#7: Potong tanpa menggunakan pisau

Kek atau makanan lain yang lembut boleh dipotong menggunakan 'floss'. Terutamanya jika anda mahu membuat kek lapis dengan belahan kek yang sempurna. Pastikan anda menggunakan 'floss' tanpa perisa. (Foto: BBC)

#8: Bakar ikan tanpa melekat

Cara tempatan lebih kepada membalut ikan dengan daun pisang dan membakarnya untuk mengelakkan daripada ikan melekat pada tempat memasak. Jika anda mahu mencuba cara mat salleh pula, anda boleh cuba membakar ikan anda di atas lemon. (Foto: Pinterest)

#9: Kupas kulit telur rebus

Nak buat nasi lemak? Sambal telur rebus? Ketika anda sedang merebus telur, masukkan sedikit garam. Ketika hendak mengupas, ketuk bahagian hujung telur dengan sudu. dan cuba mengoreknya menggunakan sudu. (Sumber: Lifehack)

. . . . . . . . . .

Foto header: Huffington Post

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin