8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah

Oleh Adilah Fatin

Ada sesetengah negeri mewajibkan bakal pengantin menghadiri sesi temuduga bersama tok kadi sebelum mendapat surat kebenaran untuk berkahwin.

#1: Dua kalimah syahadah beserta maksud.

(Sumber foto: Rukun Islam)

#2: Al-fatihah

(Sumber foto: I am Rich Positive)

#3: Istighfar

(Sumber foto: Rukun Islam)

#4: Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh

(Sumber foto: Flickr)

#5: Rukun Iman

  • Beriman kepada Allah S.W.T
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada kitab-kitab suci
  • Beriman kepada para Rasul
  • Beriman kepada hari akhirat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar

#6: Rukun Islam

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat 5 waktu
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menunaikan zakat
  • Menunaikan haji bagi yang mampu

#7: Rukun nikah

  • Pengantin Lelaki
    • Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
    • Islam, baligh, berakal
    • Tidak berada dalam ihram atau umrah
    • Tidak dipaksa kahwin
    • Tidak beristeri lebih dari 4 orang
  • Pengantin Perempuan
    • Islam
    • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
    • Bukan isteri kepada seseorang
    • Tidak berada dalam iddah

  • Akad (Ijab & Qabul)
    • Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
    • Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
    • Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
    • Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.
  • Wali
    • Islam, baligh, berakal
    • Merdeka
    • Tidak berada dalam ihram atau umrah
    • Bukan seorang lelaki yang fasik
  • 2 orang saksi
    • Islam, baligh, berakal
    • Merdeka
    • Boleh melihat dan mendengar dengan baik
    • Tanggungjawab wali bukan ke atasnya

#8: Lafaz niat mandi hadas

(Sumber foto: Blog Tok Wan)

Kami sertakan 8 soalan yang berpotensi ditanya sahaja tau. Jangan risau-risau okay. Soalan-soalan ini hanyalah soalan asas sahaja untuk memastikan anda dan pasangan sudah bersedia untuk membina keluarga dengan asas agama yang cukup.

. . . . . . . . . .

Foto header: The Leiora

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin