9 Tanda Kehamilan Yang Mungkin Anda Tidak Perasan

Oleh Adilah Fatin

Ada ibu mengandung lalui petanda kehamilan yang berbeza-beza. Mungkin ada antara 9 petanda ini anda terlepas pandang.

#1: Penat

Foto: Perez Hilton

Jika selalunya anda penuh bertenaga dan mampu bergerak dengan lincah, tiba-tiba-anda rasa macam semua aktiviti buat anda cepat penat. Kadang kala, anda pun rasa kurang rajin daripada biasa. Kalau selalunya jika suami anda tidak masukkan baju kotor ke dalam bakul baju kotor, anda serta merta akan bangun dan masukkannya sambil berleter, tiba-tiba sekarang anda rasa.. "Hmm...geram sikit sebab tak letak baju dalam bakul, tapi tak apa lah. Malas nak angkat."

#2: Tiada selera makan

Foto: Tumblr

Ada wanita, yang pada awal kehamilan terasa nak makan semua benda. Tapi, ada juga wanita yang tidak boleh makan sangat. Kalau dipaksa nanti termuntah. Kalau tak makan nanti tiada tenaga.

#3: Deria bau yang tajam

Foto: Buzzfeed

Jika sebelum ini anda tidak ambil peduli sangat apa yang jiran anda masak untuk sarapan/makan tengah hari/makan petang/makan malam/makan lewat malam, tiba-tiba, anda sekarang sudah tau apa yang dimasaknya daripada baunya sahaja. Jika anda jalan melewati rakan wanita anda atau mungkin orang yang dikenali pun, anda boleh tahu perfume apa yang mereka pakai. Nope, ini bukan tiba-tiba anda dapat super power. Anda mungkin mengandung.

#4: Perut Kembung

Foto: The Fit Pin-Up

Anda sedikit hairan tentang perut anda yang sedikit bloating walaupun di waktu pagi? Mungkin ini disebabkan progesterone yang melambatkan proses penghadaman anda.

#5: Perut cramp

Foto: Tumblr

Bukan waktu PMS sahaja anda akan mengalami cramp. Waktu mengandung juga. Cramp ketika mengandung ini adalah disebabkan uterus anda sedang bersedia untuk pembesaran bayi anda.

#6: Saiz payu dara membesar

Foto: Tumblr

Dulu ketika zaman remaja dan baru 'menjadi wanita', kawasan dada agak sensitif dan akan mudah sakit jika terlanggar sesuatu. Kini, perkara yang sama berulang, anda juga mungkin terasa saiz dada anda makin membesar dan 'cup' juga lebih penuh berbanding biasa.

#7: Mengidam

Foto: Bustle

Selalunya perasaan anda terhadap sesuatu makanan itu biasa-biasa sahaja. Tetapi, dengan tidak semena-mena, makanan itu tiba-tiba anda asyik mahu makan. Sebenarnya tidaklah mengidam sangat. Anda hanya mahu makanan tersebut banyak kali.

#8: 'Spotting'

Foto: Winona State University

Anda sangkakan anda datang haid, tapi sikit saja kali ini. Lepas itu, datang awal dari sepatutnya. Mungkin ini adalah disebabkan telur yang disenyawakan sedang melalui proses pelekatan kepada dinding uterus anda.

#9: Suami anda muntah-muntah

Foto: Gifulmination

Secara saintifik, ini mungkin disebabkan Sindrom Couvade. Pelik jugakan, tiba-tiba suami anda yang tiba-tiba muntah.

. . . . . . . . . .

Foto header: MS Research Australia

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin