Alamak, Tak Jadi Honeymoon!

Oleh Adilah Fatin

Anda dah rancang macam macam untuk bulan madu. Tiba tiba tak boleh pergi. Pasangan anda pula merajuk. Cadangan berikut mungkin boleh sejukkan pasangan anda.

Bajet kahwin anda lari sikit? Atau cuti anda tak diluluskan? Atau mungkin juga anda terpaksa batalkan bulan madu anda di saat saat akhir? Dan paling tak best, pasangan anda sedang merajuk sebab tak dapat berbulan madu? Jangan gusar. Mungkin cadangan berikut tak sama dengan bulan madu yang anda dan pasangan rancangkan, namun, paling-paling, anda dapat pujuk sikit pasangan anda.

#1: Weekend Gateway

Untuk pelan ini, anda tak perlu ambil cuti tambahan. Lepas kerja hari Jumaat, anda boleh terus habiskan hujung minggu anda bersama pasangan. Tak perlu jauh pun. Ada banyak juga tempat menarik di Malaysia yang setaraf dengan Krabi atau tempat tempat lain. Kalau anda keberatan pandu jauh, naik saja kapat terbang. Sekarang ini harga tiket kapal terbang lebih murah berbanding memandu sendiri ke destinasi tujuan. Kalau anda benar benar sibuk, menginap saja di hotel bersama pasangan anda, walaupun anda tak keluar bandar.

Tips: Sediakan 'surprise gift' untuk pasangan anda. Letak atas katil atau mana mana tempat yang pasangan anda mudah jumpa. Jangan lupa nota kecil/kad yang menyatakan anda minta maaf sebab tak dapat berbulan madu seperti yang dirancangkan. "Sorry b" pun dah cukup sebenarnya.

Foto: Afnan Omar

#2: Fancy Dinner Date

Bawa pasangan anda ke restoran yang 'fancy'. Manjakan deria rasa anda berdua. Bila lagi. Harga memang mahal sikit daripada biasa, namun berbaloi. Pakai cantik-cantik, kemudian makan makanan sedap bersama pasangan anda. Flirt sikit dengan pasangan anda ketika makan. Macam ketika zaman bercinta dulu. Jangan lupa ambil gambar banyak banyak.

Tips: Buat tempahan restoran lebih awal. Beritahu pihak restoran yang anda mahu membuat kejutan untuk pasangan anda. Ada setengah restoran akan berikan 'complimentary dessert' jika anda meraikan sesuatu di restoran mereka. Dengan buat tempahan awal, anda juga boleh beritahu mereka untuk memberikan anda tempat duduk yang mempunyai pemandangan paling cantik dan jauh dari pengunjung restoran yang lain. Lebih romantik.

Foto: Afnan Omar

#3: Tengok wayang

Kalau zaman bercinta dulu selalu beli tiket wayang kelas standard. Kali ini pergi kelas lain pula. Kalau anda minat GSC, anda boleh cuba 'Premiere Class' atau 'Gold Class'. Kalau anda lebih suka ke TGV, cubalah Luxe atau Indulge. Ada juga Beanie di TGV. Jika anda pilih untuk memilih Beanie, anda boleh bawa sendiri selimut dan bantal jika anda suka. Kerusi Beanie terlampau besar untuk anda berdua hinggakan anda boleh baring jika anda lebih selesa.

Tips: Ada juga panggung wayang lain yang kurang mainstream yang anda boleh cuba. Anda boleh baca lebih tentang panggung wayang di Malaysia di sini: 8 Movie Theatre Classes in Malaysia You Should Know

#4: Masak

Kalau anda jarang atau tak suka memasak, masaklah untuk pasangan anda. Tak kisahlah jika anda pandai memasak atau tidak, masak saja. Pasangan anda tentu faham yang anda benar benar mahu memujuknya jika anda sanggup memasak untuknya walaupun anda tak gemar berada di dapur. Kalau anda betul betul tiada pengalaman memasak, spaghetti bolognaise pun memadai. Dan kalau anda lebih gemarkan masakan Melayu, ada banyak perencah segera di kedai yang anda perlu tumiskan sahaja.

Tips: Jangan lupa beli bunga. Peluk juga pasangan anda sambil cakap minta maaf sebab tak dapat berbulan madu seperti yang diharapkan. Kombinasi bunga dan pelukan selalunya berkesan ke atas wanita dan lelaki.

Foto: Afnan Omar

#5: Apa apa yang pasangan anda mahukan

Jika pasangan anda mahu membeli belah, ikut saja. Jika pasangan anda mahu cuba restoran baru, jangan kata tak mahu. Jika pasangan anda mahu buat apa saja, kata saja ya.

Tips: Ini adalah pengorbanan yang berbaloi selagi dapat kurangkan merajuk pasangan anda.

Cadangan di atas boleh diaplikasikan tak kisahlah jika anda pihak perempuan atau lelaki. Kalau ada kesempatan dan kesenangan kelak, pergilah berbulan madu seperti yang diharapkan anda dan pasangan.

Foto: Hafizudin Hamdan

. . . . . . . . . .

Foto header: Hafizudin Hamdan


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin