7 Idea Kejutan Untuk Pasangan Anda di Majlis Perkahwinan

Oleh Adilah Fatin

Aturkan kejutan untuk pasangan anda di hari bahagia anda berdua. Kejutan anda boleh jadi seringkas nota kecil atau sekompleks tarian yang dikoreograf.

Berikan sedikit kejutan kepada pasangan anda di hari bahagia. Paling bermakna, jikalau pasangan anda langsung tidak menjangkakannya.

#1: Tuliskan pasangan anda surat cinta

Walaupun tradisi menulis surat cinta mungkin telah lama ditinggalkan, namun, tak salah sekiranya anda membangkitkan kembali bibit indah bersama pasangan dengan menulis surat yang disulami dengan kata kata indah barbau cinta. Tak kisahlah jikalau surat anda berbunyi kelakar atau tidak seromantis surat cinta daripada filem"The Notebook", asalkan isinya tulus dan ikhlas dari hati, nescaya pasangan anda akan berasa terharu. Hantarkan surat cinta tersebut kepada pasangan anda ketika dia sedang bersiap, ataupun sebaik dia bangkit dari tidur.

Tips: Jikalau anda merasakan menulis surat cinta agak jiwang atau agak ekstrem, hantarkan saja nota kecil.

#2: Berikan pasangan anda bunga

Tentunya manis dan pasangan anda akan berasa bahagia sekiranya dia mendapat sejambak bunga daripada anda tanpa diduga. Hantarkan bunga yang lain daripada bunga tangannya. Hantarkannya sesuatu yang berganda lebih istimewa. Hantarkan bunga tersebut dengan kad atau nota kecil – "I sayang you" , "Jumpa sekejap lagi, dearest future wife" atau apa apa yang anda rasa ingin sampaikan kepada bakal pasangan anda.

Tips: Pengantin perempuan juga boleh menghantar bunga kepada bakal suami anda. Lelaki zaman sekarang juga menghargai bunga sepertimana anda.

Foto: Hafizudin Hamdan

#3: Jurnal Cinta

Anda dan pasangan anda ada menyimpan jurnal cinta yang merakam setiap detik percintaan anda? Jurnal yang anda lekatkan tiket wayang dan resit-resit untuk temu janji yang penting? Jurnal yang anda curahkan segala isi hati tidak kiralah yang gembira mahupun kurang menggembirakan? Jurnal yang anda tuliskan segala cita cita dan impian untuk dicapai bersama? Masukkannya ke dalam kotak hadiah dan ikatkan reben padanya. Berikan kepada pasangan anda sebelum majlis perkahwinan bermula atau selepas majlis tamat. Terpulang kepada anda.

Tips: Beli jurnal baru untuk merakam detik selepas berkahwin. Jurnal ini bioleh dijadikan hadiah ulangtahun perkahwinan pertama yang unggul.

#4: Nyanyi

Tak kisahlah jikalau anda bagus atau tidak dalam nyanyian, tak salah jika anda mencubanya. Nyanyilah untuk pasangan anda di majlis perkahwinan anda. Jangan lupa untuk memandang pasangan anda ketika tiba bait bait lagu yang romantis. Lihat dan renung matanya.

Tips: Jikalau anda tiba tiba merasa kaku atau gemuruh ketika sedang menyanyi, lihat kearah pasangan anda dan lupakan hadirin yang lain. Lagu yang anda nyanyikan ditujukan kepada pasangan anda, dan anda hanya perlu kisah tentang pasangan anda.

Foto: Hafizudin Hamdan

#5: Jemput penyanyi kegemaran pasangan anda

Pasangan anda punyai penyanyi kegemaran yang dia sudah lama ingin jumpa? Inilah masanya untuk mengejutkan pasangan anda! Bayangkan, ketika anda dan pasangan sedang makan di meja pengantin atau sedang melayan tetamu, tiba –tiba penyanyi kegemaran pasangan anda keluar dan menyanyikan lagu yang didekasikan untuk pasangan anda. Pasangan anda tentu akan berasa amat seronok.

Tips: Jikalau harga bayaran untuk menjemput penyanyi kegemaran psangan anda terlampau mahal, jemput saja artis tersebut sebagai tetamu ke malis perkahwinan anda.

Foto: Hafizudin Hamdan

#6: Menari

Sebab banyak pengantin yang mengejutkan pasangan mereka dengan menari akhir-akhir ini.

Ini ada satu contoh untuk anda lihat: The Ultimate Dance Surprise

Tips: Jikalau anda atau keluarga anda lebih tradisional, anda juga boleh mencuba joget lambak. Joget lambak atau apa apa yang berkaitan boleh memeriahkan majlis anda. Jika anda seorang yang pemalu dan untuk menari tarian yang telah dikoreograf bukanlah pilihan anda, joget lambak boleh menggantikan idea asal. Anda boleh menari bersama ahli keluarga dan rakan rakan. Tarik sekali pasangan anda ketika menari.

Foto: Hafizudin Hamdan

#7: Video ringkas

Anda pasti mempunyai banyak gambar bersama pasangan. Jikalau anda sudah lama bersama terutama sekali. Gabungkan gambar gambar tersebut dan jadikannya dalam bentuk video ringkas. Lebih istimewa jika anda boleh muatkan sekali caption yang bermakna untuk gambar gambar tersebut.

Tips: Pada akhir tayangan video, capai mikrofon, beritahu pasangan anda betapa bertuahnya anda untuk dapat meluangkan sumur hidup anda bersama pasangan anda, dan beritahu mentua anda yang yang anda akan melakukan yang terbaik, untuk mencurahkan kasih sayang, kebaikkan dan tidak kurang daripada itu untuk anak mereka

Sebenarnya, apa apa yang anda akan lakukan, walaupun kecil, ia amat bermakna untuk pasangan anda, kerana kasih sayang buat semunya bertambah istimewa dan bermakna.

. . . . . . . . . . . .

Foto header: Hafizudin Hamdan


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin