Cari Kebaikkan Dalam Pasangan

Oleh Adilah Fatin

Asalkan tiada yang ekstrem, terlampau dan melampau, teruskan mencari kebaikkan dalam diri pasangan.

#1: Jika pasangan sibuk dengan kerja. Nak buat macam mana kan, dapat pasangan yang workaholic. Tapi bersyukurlah yang pasangan anda bukan alcoholic. Atau terlampau sibuk dengan perkara lain - (Hint: Befoya-foya) Kadang kala mungkin akan terkesan apabila pasangan tertinggal acara-acara atau terlupa hari-hari penting anda, atau mungkin juga terpaksa batalkan temujanji dengan anda kerana urusan kerja. Kalau perkara itu terjadi, masa sedang duduk berdua, mood tengah baik dan manja itu, anda pegang pipinya lepas tu cakap elok elok. Contohnya - "Baby, this is not right. I nak you ada masa for me too." Rasanya kalau buat muka sedih pun boleh tambah efek kasihan juga. Pasangan anda tentu akan faham. Dan daripada pihak anda, anda pandang semangat workaholic pasangan anda ini sebagai kegigihan yang boleh dicontohi anak-anak kelak dalam mengejar cita-cita. Pasangan anda bekerja bukan untuk beliau seorang. Untuk masa depan anda dan keluarga juga. But if it's too much, bincang elok-elok dengan pasangan.

#2: Jika pasangan membebel. Yang membebel ini bukan terhad kepada golongan wanita sahaja, golongan lelaki pun ada yang suka membebel. Namun, janganlah anda terus tutup telinga, buat 'don't know' atau suruh pasangan diam terus. Walaupun kadang kala agak bingit juga, anda cuba cari isi penting bebelan pasangan ada. Mesti ada punya. Lepas itu, kalau anda dengar elok-elok, kadang kala masa mereka sedang syok membebel ini, mesti ada satu dua part yang beliau tersasul. Kalau nak gelak masa itu, gelak saja. Boleh break the tension. Pasangan anda mungkin menegur dengan cara yang lain sikit daripada anda - mereka suka huraikan teguran mereka. Namun mereka membebel ini sebab mereka kisah pasal anda. Tiada orang mahu membebel pada orang yang mereka benci dan tidak sayang.

#3: Jika pasangan anda 'under achiever'. Anda mungkin ada pendidikan/karier atau gaji yang lebih baik daripada pasangan. Kadang kala ada juga saudara mara/kawan/kenalan yang membandingkan anda berdua. Janganlah anda rasa malu pula dengan pasangan. Mungkin tidak seperti anda, pasangan anda belum jumpa potensi dan kebolehan sebenar dirinya. Dalam kes yang sedikit sedih, pasangan anda mungkin ada potensi dan kebolehan, yang tiada cuma peluang. Teruskan menyokong pasangan anda. Selagi ada usaha, tekad, keazaman yang tinggi dan keizinan Illahi, pasangan anda tentu boleh turut sama mencapai kejayaan. Untuknya tidak berputus asa setiap kali mendapat komen negatif orang lain memerlukan hati yang kuat.

#4: Jika pasangan anda suka tanya banyak-banyak. Well, jika anda jenis yang cepat rimas, mungkin ini menjadi masalah untuk anda. 'Kat mana tu?' 'Dengan siapa tu?' 'Buat apa tu?' 'Tadi makan apa tu?' Kalau dah sampai tahap yang ekstrem, anda cakap elok-elok dengan pasangan anda. Tapi, jika masih di tahap yang boleh diterima, anda pandang ini sebagai satu cara pasangan anda tunjuk yang beliau 'care' tentang anda. Mungkin nak cakap 'I love you' hari-hari nanti macam bosan juga atau berat sikit terutamanya untuk yang macho. Jadi mereka tunjukkan rasa 'care' mereka ini dengan himpunan soalan-soalan.

#5: Jika pasangan cemburu. Hah. Kalau kadang kala pasangan anda cemburu ini sebenarnya agak comel juga. Lagi-lagi jika disebabkan perkara-perkara yang anda sendiri tidak duga. Macam manalah beliau boleh rasa tergugat sebab anda gelak-gelak apabila bercakap dengan kawannya? Atau bila anda mention pasal kawan sekerja anda? Atau bila kawan berlainan jantina bagi anda nickname? Benda-benda macam itu. Tapi kan, selagi pasangan bukanlah 'jealous freak', anda anggap saja yang pasangan anda ada rasa risau kehilangan anda. Bukannya beliau tidak percayakan anda atau perkara yang sebegitu. Rasa cemburu ini timbul kadang kala kerana beliau rasa rendah diri berbanding orang dicemburui itu.

#6: Jika pasangan masih belajar untuk menjadi lebih baik. Tidak semua orang sudah tip top dalam segenap aspek sebelum berkahwin, terutamanya dalam aspek agama. Mungkin yang asas sudah memuaskan, tetapi selalunya masih ada ruang untuk diperbaiki. Tetapi, janganlah anda memandang sinis pasangan anda tentang hal ini. Yang penting, pasangan anda masih mahu belajar untuk menjadi hamba yang baik kepada Maha Pencipta. Jika ada yang salah atau boleh ditegur, lakukan secara berhemah. Aplikasi agama bukan sahaja dalam menjalankan tanggungjawab kepada Yang Esa, bahkan hal-hal kehidupan lain juga. Sama-samalah anda belajar dan mengajar satu sama lain. Dekatkan diri dengan Tuhan bersama. Tidak ada perjalanan seindah mencari redha Illahi bersama. It's a lifelong journey. But hey, that's what #tilljannah is all about, right?

. . . . . . . . . .

Semua foto: Afnan Omar




comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin