Dekorasi: 4 Idea 'Instant Window Seat'

Oleh Adilah Fatin

Kalau mahu membuat 'built in window seat' agak mahal. Jadi, kami kongsikan langkah alternatifnya.

#1: Gunakan bangku berfabrik yang bersaiz sederhana. Tambahkan bantal atau fabrik lain sebagai hiasan.

#2: Anda boleh juga meletakkan kabinet di hadapan jendela. Selain sebagai tempat penyimpanan barang, kabinet anda boleh dwifungsi sebagai tempat anda membaca atau skrol 'timeline' Twitter dan Instagram. Untuk lebih selesa, letakkan bantal.

#3: Anda dan pasangan gemar minum petang bersama sambil membaca atau berbual-bual? Barangkali idea ini sesuai untuk anda berdua. Gunakan rak yang tidak tertutup dan kukuh sebagai tempat anda berdua melabuhkan punggung. Jika anda mahu lebih selesa, hamparkan tilam nipis sebagai alas.

#4: Kombinasi dua 'footstool' atau kerusi dengan meletakkan meja kecil di tengah sudah cukup untuk anda berdua mendapatkan 'window seat' yang baik. Boleh minum petang atau makan burger Ramy sambil berbual dengan pasangan.

. . . . . . . . . .

Sumber: Ikea Malaysia


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin