Dekorasi: Tips Menghias Meja Kerja Di Rumah

Oleh Adilah Fatin

Bagi golongan yang selalu bekerja atau berniaga online dari rumah, tips ini mungkin sesuai untuk kediaman baru anda dalam menyusun atur pejabat anda di rumah.

#1: Jadi kreatif. Gunakan barangan yang sedia ada atau barangan yang boleh dipelbagai guna untuk menyimpan benda yang anda gunakan. Contohnya pasu kecil untuk menyimpan pen, balang mason untuk butang baju jika anda menjahit dan lain-lain.

#2: Gantung inspirasi anda. Terutamanya jika anda bekerja dalam bidang yang melibatkan daya kreatif, gantungkan idea anda untuk membantu anda sentiasa fokus.

#3: Kumpulkan. Letakkan barangan yang anda selalu guna atau saling berkaitan pada tempat yang sama supaya memudahkan anda.

#4: Label. Apa-apa barangan atau fail yang anda tidak tersembunyi atau berada di dalam bekas yang tertutup, labelkannya.

#5: Pamer. Ada benda yang anda rasa patut ditonjolkan di pejabat anda, seperti produk anda atau perkara yang anda selalu gunakan? Barangan ini agak elok juga untuk dijadikan hiasan jika disusun? Gunakan almari berkaca untuk tujuan itu.

. . . . . . . . . . .

Sumber: Ikea Malaysia


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin