Fotografi dan Videografi Perkahwinan

Oleh Emie Dzulkarnain

Pentingkah untuk merakam video dan gambar untuk majlis perkahwinan sehingga berhabisan ribuan ringgit? Berikut panduan yang boleh anda ikuti.

Setiap daripada kita pasti inginkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan kita. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk memastikan peristiwa dan acara bersejarah itu dirakam dengan sebaiknya. Perlukah? Berikut fakta anda perlu tahu yang boleh dijadikan panduan untuk fotografi dan videografi.

Sumber: afnanomar.com

1. Terdapat banyak perkhidmatan fotografi dan videografi yang disediakan untuk majlis perkahwinan hari ini. Anda boleh melakukan survey di laman web atau bertanyakan rakan-rakan yang mempunyai team untuk fotografi dan videografi.

2. Kita semua tahu bahawa gambar dan video adalah penting untuk merakam peristiwa yang hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Jadi kalau boleh gunakan bajet yang ada dengan sebijaknya.

Sumber: afnanomar.com

3. Anda perlu mencari jurugambar yang terbaik dan juruvideo hebat di luar sana, dan secara tidak langsung, pakej fotografi dan videografi ini akan datang dengan harga yang tinggi.

4. Perkhidmatan fotografi untuk majlis perkahwinan biasanya akan melibatkan kos lebih daripada ribuan ringgit.

5. Trend baru-baru ini kebanyakan daripada pengantin ingin menangkap gambar sebelum dan selepas perkahwinan, sekaligus menambah kepada kos perkhidmatan secara keseluruhan. Itu belum termasuk kos untuk videografi lagi.

Sumber: afnanomar.com

Tidak perlu sehingga ingin merakam video secantik perkahwinan diraja cukuplah sekadar untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan.

Sumber: afnanomar.com


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Emie Dzulkarnain