7 Cara Menghargai Pasangan Hidup Anda

Oleh Adilah Fatin

Tentu sudah terang-terang pasangan anda tahu yang anda menyayanginya. Tapi, pasangan anda juga perlu tahu yang anda menghargainya juga.

#1: 'Terima kasih'. Bukan 3 perkataan magis (read: I love you dan seangkatan) tu je yang penting tau. 2 perkataan magis ini pun sama pentingnya. Pasangan anda mesti selalu cakap "Eh tak payahlah cakap thank you." atau perkara yang lebih kurang. Cakap saja pada mereka juga. Ini cara paling mudah untuk hargai usaha/pertolongan/pengorbanan pasangan anda. Bagi mereka, benda yang mereka lakukan untuk anda itu mungkin kecil saja, atau tidak terasa pun bebannya. Tapi anda sendiri tahu bukan, keihlasan dan kesanggupan mereka untuk melalui saat getir dan kepayahan anda amat besar nilainya di mata anda. And a peck on the cheek wouldn't hurt kan? (Foto: Tumblr)

#2: Puji. Jika pasangan anda tiba-tiba rajin atau, jika pasangan anda macam lebih cantik/handsome daripada selalu atau, jika pasangan anda masak sedap etc, jangan disimpan pujian dalam hati. Cakap. Luahkan apa yang anda rasa.

"Wah rajinnya sayang."
"Wuuuuu cantiknya baby."
"Fulamak, hensem baby hari ini."
"Sedaaaaaap."

Tengok. Tak susah pun kan. Puji saja. Lagipun ini kekasih #tilljannah anda. Bagi hati pasangan anda berbunga sedikit. (Foto: Joking Ree)

#3: Positif. Of course, pasangan anda ada saja buat salah. Anda pun ada juga. Pendek kata, dua-dua ada saja buat salah. Tapi, daripada fokus tentang kesalahan mereka ini, atau mungkin perkara tentang mereka yang membuat hati panas, anda fokus kepada perkara positif tentang mereka. Untuk setiap alasan yang anda ada untuk marah pasangan, ada berpuluh lagi alasan untuk anda tidak marah pasangan anda. Bila anda cuba cari kebaikkan dalam kekusutan, secara tidak langsung, hati anda pun sedikit tenang, dan daripada nak throw tantrums tadi, sekarang anda mungkin sudah tenang untuk berbincang elok elok, atau mungkin juga sudah boleh berjenaka dalam menegur pasangan anda. (Foto: Tumblr)

#4: Hormat. Anda berdua tentunya amat rapat antara satu sama lain. Tapi ini tidak bermakna anda boleh mengenepikan dasar dan rasa hormat ini. Pasangan anda adalah sebahagian anda. Jika anda berasa kurang senang hati dengan pasangan, jangan marah di khalayak ramai, lebih-lebih lagi di hadapan keluarga. Hormat maruah pasangan anda. Apabila di luar, jaga diri anda sama seperti anda mahu pasangan anda menjaga dirinya. (Foto: Tumblr)

#5: Setia. Ada masanya, anda akan rasa seperti anda berasa jauh dengan pasangan anda atau bosan, dan ini mungkin akan memberi percambahan idea yang nakal untuk mencari sesuatu yang lebih dekat dan memberikan anda 'excitement' seperti zaman bercinta dahulu. Dugaan dan cabaran ini sebenarnya boleh dihadapi dengan cara yang lebih baik. Cari balik 'excitement' itu dengan pasangan anda dan bukannya dengan orang lain. Luang lebih banyak masa dengan pasangan anda. Curi masa untuk telefon atau mesej pasangan anda. (Foto: Tumblr)

#6: Mudahkan pasangan anda. Ini macam anda ambil satu langkah kehadapan untuk pasangan anda. Anda nampak baki Touch N' Go kurang, anda tambahkan nilai. Pasangan anda suka bawa bekal air kotak Milo dan biskut? Sebelum tidur, anda letakkan dalam beg kerjanya terus. Kalau baru kemas rumah, jangan bertabur. Pasangan anda nampak penat sangat tapi beliau nanti tidak boleh tidur sebab tak cuci baju lagi dan kemas dapur? Anda bantu juga. Secara emosi pula, jika pasangan anda ada cakap sesuatu, anda tak payah berbelit belit. Kalau tak faham, tanya. Kalau dah faham, jangan pura-pura tak faham. Kalau anda rasa pasangan anda tidak faham tentang kerja atau apa-apa yang berkaitan anda, terangkan elok-elok. (Foto: Joking Ree)

#7: 'Little things'. Kadang kala bila pasangan anda call anda, sebab nak cakap dengan anda, anda layan saja. Bila anda dah sampai destinasi anda, anda beritahu yang anda dah selamat sampai. Kalau pasangan anda tanya, sama ada sayang beliau atau tidak, anda jawab saja. Walapun perkara kecil saja, kadang kala perkara sebegini yang boleh bantu pasangan anda untuk menempuh hari beliau. Kadang kala pasangan tak cakap terus pada anda yang beliau ada 'bad day', instead pasangan anda akan call anda untuk bagi harinya kembali ceria. (Foto: Tumblr)

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin