Idea: Balut Hadiah Guna Fabrik Lace

Oleh Adilah Fatin

Balut hadiah guna kertas pembalut agak bosan bukan? Beri sedikit kelainan untuk penerima hadiah anda dengan menggunakan fabrik lace sebagai pembalut.

Bahan

Pembalut kertas
Fabrik lace
Reben
Jarum Peniti

Langkah 1: Balut hadiah anda menggunakan kertas pembalut yang kosong.

Langkah 2: Gunakan lace yang sama warna dengan pembalut untuk membalut bahagian luar hadiah. Pita pelekat susah untuk melekat atas fabrik lace. Jadi, gunakan jarum peniti untuk mengekalkan kedudukan fabrik sementara reben belum diikat.

Langkah 3: Ikatkan reben pada hadiah. Anda boleh menggunakan warna sewarna atau warna kontra mengikut citarasa anda.

Langkah 4: Cabut jarum peniti. Dah siap!

. . . . . . . . . .

Kami berminat untuk mendengar cerita anda. Jadi sebahagian responden kami untuk artikel seterusnya dengan menjawab beberapa soalan di sini: iKahwin

Baru berkahwin & ingin kongsikan cerita perkahwinan anda? Hantarkan email kepada adilahfatin.mi@gmail.com

. . . . . . . . . .

Sumber: A Beautiful Mess



comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin