'Idea Dating Suami Isteri': 5 Ikan Bakar Anda Patut Cuba

Oleh Adilah Fatin

Bosan dan tidak tahu nak buat apa di rumah? Apa kata anda dan pasangan pergi 'ikan bakar'-hunting. Boleh dating sambil mengenyangkan perut.

#1: Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Kalau kebetulan anda berada di Port Dickson, apa kata anda cuba ikan bakar di sini? Kalau dari KL pun, tak jauh sebenarnya nak pergi Port Dickson. Memang perghhh...sedap. Sotong goreng tepung dia pun bukan yang macam cucur tau. Ni yang memang sedap punya. Atas meja pun memang ada nasi lemak bungkus kalau anda tiba-tiba terasa nak makan nasi lemak. Dan nasi lemaknya pula memang sedap. (Foto: Supermeng Malaya)

#2: Ana Ikan Bakar Petai

Ikut selera anda, ada yang mungkin suka ikan bakar yang digandingkan dengan petai, ada yang kurang menggemarinya. Tapi jika anda suka petai dan ikan bakar, kombinasi restoran ini tawarkan mungkin menarik hati anda. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan. Anda boleh pilih cawangan yang berhampiran anda. (Foto: Food Finder)

#3: Jalan Bellamy, belakang Istana Negara yang lama

Jika anda orang Sungai Besi, anda mesti pernah dengar tentang tempat ini. Belakang Istana Negara yang lama, ada deretan kedai ikan bakar yang memang betul-betul sedap. Jika anda rambang mata atau sedikit skeptikal untuk memilih yang mana satu, pilih yang paling ramai orang. Waktu tengah hari memang ramai orang. Ikan bakar di Jalan Bellamy ini memang a huge thing. Sampaikan 15 tahun yang lalu, sekolah rendah yang berhampiran pun ada jual ikan bakar di kantin sekolahnya. Tapi zaman itu, seketul ikan bakar RM1.50 sahaja. Apa lagi, mesti cuba. Macam-macam ikan ada. Cuba juga sotong bakar mereka. Yumms! (Foto: Vkeong.com)

#4: D'kenali Ikan Bakar, Bangi

Okay, dari luaran, mungkin nampak macam kedai jual makanan goreng-goreng sahaja. Tapi sebenarnya, ikan bakarnya sedaaaaaap! Ikan bakarnya mesti buat anda rasa nak lagi. Dan yang paling penting, murah dan berbaloi. Selain ikan bakar, istimewa di sini adalah kerang bakar. Cubalah, kalau sedap boleh makan lagi. (Foto: Pencari Makan)

#5: Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka

Kalau di Melaka ramai panggil Umbai sahaja. Memang sedap. Memang lazat. Pilihan pun banyak. Cumanya kalau waktu cuti sekolah ramai orang sedikit. Tapi inilah buktinya tempat ini memang sedap kan? (Foto: TripAdvisor)

. . . . . . . . . .

Foto header: Vkeong.com


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin