'Idea Dating Suami Isteri': Dating di Putrajaya

Oleh Adilah Fatin

Luangkan masa bersama dengan pasangan hujung minggu ini di Putrajaya.

#1: 'Shopping'

Selain Alamanda dan IOI City Mall, Putrajaya juga ada Ayer@8. Jika anda mencari pakaian muslimah yang trendy atau barangan berkaitan tapi tidak mahu bersesak, inilah tempatnya. Pakaian untuk suami pun ada. Tempat makan selepas membeli belah pun ada. Paling cool, latar belakang tempat ini cantik. Sesuai untuk gegirls di luar sana ambil gambar 'ootd'. (Sumber foto: Halalish Noms)

#2: Main air, bajet tinggi

Jika anda mempunyai bajet yang tinggi dan gemarkan sukan air, poin nombor dua memang untuk anda dan pasangan. Anda boleh mencuba wakeboard atau waterski di Marina Putrajaya. Teringin bermain flyboard seperti Iron Man? Mereka juga ada menyediakan aktiviti ini. (Sumber foto: Red Ribbon Days)

#3: Main air, bajet mesra dompet

Jika anda dan pasangan nak main air, tapi mempunyai bajet yang rendah sedikit, anda boleh bermain kayak, boat paddling dan berkanu di Taman Wetland Putrajaya. Jangan gusar tentang terik matahari atau panas, pergi waktu petang lepas Asar. Jika anda suka aktiviti yang kering, anda juga boleh menyewa basikal pusing-pusing Putrajaya. Nak sweet sweet naik basikal tandem berdua dengan pasangan? Boleh. Mereka ada juga. (Sumber foto: Guerilla Fishan)


#4: Horse ride

Putrajaya sememangnya kawasan yang mesra keluarga. Jika anda dan pasangan sukakan kuda atau teringin menaiki kuda, apa kata anda dan pasangan pergi ke Taman Ekuestrian Putrajaya. Jangan risau, di sini pun ada tempat makan dengan harga yang berpatutan. (Sumber foto: Taman Ekuestrien Putrajaya)

#5: Bersiar-siar

Paling best tentang Putrajaya ialah pemandangannya yang memukau. Tidak kiralah jika anda melawat Putrajaya pada waktu petang mahupun malam, anda tentu akan berasa rileks dan tenang. Putrajaya ada banyak taman untuk anda berdua bersiar-siar bersama. Beli pisang goreng, kemudian mahu main layang-layang di taman-taman awam pun boleh. Tasiknya juga cantik. Jika anda pergi di sebelah malam, anda akan disambut dengan simbahan cahaya lampu di jambatan penghubung di sempadan Putrajaya. Walaupun malam, suasananya tenang dan boleh buat anda relaks untuk bersembang dengan pasangan. (Sumber foto: Harian Metro)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin