Idea Dating Suami Isteri: 'Games'

Oleh Adilah Fatin

Rehat sekejap daripada menonton wayang atau membuat aktiviti dating anda yang biasa. Apa kata anda main 'games' pula dengan pasangan anda?

#1: Escape Room atau yang seumpama dengannya. Cabar minda anda dan pasangan dengan bermain permainan sebegini. Anda dan pasangan akan dikunci dalam bilik yang anda pilih mengikut tema. Untuk melepaskan diri, anda berdua hanya perlu menyelesaikan pembayang yang telah diberikan

#2: Laser Tag. Mahu main paintball api takut lebam-lebam? Ini adalah jawapannya. Tapi main berdua tidak seronok sangat. Ajak kawan-kawan atau sepupu sebaya. Selain boleh berseronok, anda juga boleh mengeratkan hubungan dengan yang belum mesra lagi. Lagi best kalau anda belanja bridesmaids dan groomsmen sebagai tanda terima kasih kerana telah membantu anda berdua di majlis perkahwinan tempoh hari.

#3: District 21. Ada banyak aktiviti yang and boleh buat di sini. Apa yang penting, anda berani mencuba dan have fun!

4: Taman Tema. Ada banyak taman tema di Malaysia. Ada yang bertemakan air, ada taman tema yang lebih kepada rides dan sebagainya. Pergilah berseronok berdua. Lagipun comel saja pergi jalan-jalan cuba semua tarikan di taman tema.

#5: Go Kart. Cabar pasangan anda tengok siapa lebih handal dalam memandu go kart. Google untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi dan pakej yang berbaloi.


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin