Idea Malam Berinai: 'Tema Tradisional Nad Zainal'

Oleh Adilah Fatin

Jika selalunya malam berinai bertemakan Bollywood, Nad Zainal memilih tema tradisional untuk malam berinainya.

Dekorasinya ringkas sahaja, boleh tebar tikar mengkuang untuk membangkitkan suasana tradisional.

Para tetamu pun turut kelihatan manis berbaju kurung.

Selain pengantin perempuan, bridesmaids melakar inai juga. Kali ini moden sikit. Mereka mengenakan warna inai putih yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengantin muda.

Anda juga boleh menyajikan tetamu anda dengan pilihan makanan tradisional seperti yang dilakukan Nad Zainal. Kuih seri muka, nasi lemak daun pisang dan lain-lain.

Comel semua duduk bersimpuh makan buah jambu.

... dan yang paling penting, di majlis berinai anda nanti anda akan dikelilingi rakan-rakan baik anda. Itu yang buat majlis anda bertambah bermakna.

. . . . . . . . . .

Sumber: Instagram Nad Zainal, teddyfilm.co

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin