5 Inspirasi Inai Selebriti Malaysia

Oleh Adilah Fatin

Dapatkan inspirasi hiasan inai daripada selebriti-selebriti tanah air.

#1: Hanis Zalikha. Hanis Zalikha memilih warna inai yang merah pekat. Hiasan yang dilukis juga tidak terlalu sarat namun masih menyerlah di dalam gambar-gambar. (Sumber: Instagram Hanis Zalikha)



#2: Ameera Zaini. Siapa yang tidak kenal dengan hos saluran TV9 yang manis ini? Hiasan inai di jari jemari Ameera dihias ringkas dengan penggunaan warna inai yang menyerlah. (Sumber: Instagram Ameera Zaini)


#3: Sharifah Sakinah. Berkulit cerah, warna inai yang pgabungan dua warna inai menyerikan tangan Sharifah Sakinah di hari bahagianya. Sedikit kontra dengan pilihan majoriti pengantin, bahagian hujung jari dibiarkan kosong. Corak inai yang dibiarkan meleret hingga ke paras separa lengan menyerikan hiasan di tangan. (Sumber: Instagram Sharifah Sakinah)

#4: Tya Adnan. Semanis orangnya, corak inai yang dipilih juga ringkas dan kelihatan manis sahaja di tangan pengantin. (Sumber: Instagram Tya Adnan)

#5: Maria Farida. Maria memilih untuk mengenakan sesuatu yang sedikit lain dan kini sedang trending iaitu corak inai yang berwarna putih. Hiasan coraknya tidak lari daripada kebiasaan, namun, penggunaan warna yang berbeza nyata memberi impak yang punya kelainan. (Sumber: Instagram Maria Farida)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin