Jawapan Untuk 10 Alasan Anda Tidak Bersenam

Oleh Adilah Fatin

Anda selalu bagi alasan untuk TIDAK bersenam? Mari kami tolong jawabkan 10 alasan lazim untuk tidak bersenam anda.

#1: "Malas lah..."

Okay. Tak apa malas. Apa kata sambil baring-baring itu, anda scroll instagram butik-butik online yang anda suka. Lihat betapa 'fab'-nya model mereka pakai baju yang anda suka tu. Anda ada seorang dua idola yang punya bentuk badan yang anda idamkan? Scroll instagram mereka. Come on, bila lagi anda mahu jadi seperti mereka. Ada yang bertuah, memang semula jadi berbentuk seperti yang anda idamkan, tapi ramai yang perlu bekerja keras untuk ke arah itu. Nak panaskan lagi motivasi anda? Tengok Music Bank. Nak at least 70% jadi seperti mereka, kena rajin dan gigih seperti mereka juga. Ini bukan untuk wanita saja tau. Jejaka di luar sana juga sama. Selau sangat admire badan kawan anda yang buff dan tidak buncit, inilah masanya untuk anda hilangkan buncitan anda pula.

(Foto: Soshified.com)

#2: "Tak turun pun, buat penat je."

Ambil sedikit daripada Encik Newton (Newton's Third Law of Motion je), "For every action, there is an equal and opposite reaction." Jadi, banyak mana anda sudah usahakan, banyak itu jugalah yang akan anda turun. Bukan usaha anda untuk bersenam saja tau. Kalau senam banyak-banyak pun, tapi makan banyak juga makanan berkalori tinggi, junk food etc, tak okay juga. Itu barulah 'buat penat je'. Jangan sabotaj usaha anda sendiri. Jika anda orang yang ke gym, biasanya anda lebih cenderung untuk melihat perbezaan saiz badan. Biasanya anda sendiri tidak akan perasan perbezaannya sebab anda setiap hari lihat diri sendiri. Tunggu orang lain yang tegur. Dan jika anda bukan orang gym, selalunya anda akan lihat perbezaan berat badan. Otot anda pun ada berat juga. So, mungkin tak kurang banyak sangat. Tapi ingatlah yang 2kg otot lebih baik daripada 2kg lemak.

(Foto: 9gag)

#3: "Hujan."

Okay, hujan. Nak pergi gym pun tiada mood. Nak jogging kat tasik pun tak boleh. Jangan risau, niat nak bersenam itu dah ada sudah. Bagus! Bagus! Jadi, apa kata anda buat senaman di rumah saja? Instagram/Facebook/Youtube ada banyak akaun yang mengajar anda senaman rumah yang boleh dibuat dengan mudah dan membakar banyak lemak. Pilih saja yang mana anda suka.

(Foto: Project Next)

#4: "Tak ada masa."

Oh dear. Yang ini, ramai orang ada alasan yang sama. Jadi, mari kita cari masa itu bersama-sama. Before anda pergi kerja, bangun awal sikit dan bersenam dahulu? Nope? Okay, Tak apa. Apa kata lepas anda balik kerja? Still no? Fine, ramai daripada anda memang sibuk dan bekerja keras untuk masa depan yang cerah. Jadi, untuk mengimbangi lifestyle anda yang sibuk, apa kata anda menjadi sihat dengan menggabungkan aktiviti harian anda dengan aktiviti sihat? Naik tangga dan bukannya lif. Jika pejabat/rumah anda tinggi sangat, sekurang-kurangnnya naik 5 tingkat guna tangga. Jalan selagi boleh. Nak pergi lunch? Jalan. Jalan laju sikit daripada biasa.

(Foto: Top Sante)

#5: "Tak makan lagi. Nanti pening."

Anda tak perlu makan dengan banyak pun sebelum bersenam. Makan sikit saja. Satu pisang, sapuan peanut butter dan roti pun sudah cukup. Paling bagus sebenarnya jika anda makan berat 30 minit SELEPAS bersenam, bukannya sebelum.

(Foto: Garukabars)

#6: "Susahlah workout dengan ______ ni."

Jika anda tidak selesa bersenam secara berjemaah atau berpasangan, beritahu saja rakan anda itu. Ambil masa bersenam ini sebagai masa untuk diri anda sendiri. Lagipun, selalu juga orang mempunyai rentak dan kadar bersenam yang berbeza. Agak buang masa jika terpaksa menunggu orang lain apabila anda boleh membuat lebih banyak aktiviti pada tempoh yang sama. Dan bagi yang sedikit kebelakang, jika anda selalu stress nak mengejar pace rakan anda. Lebih senang dan tenang untuk diri anda jika anda ikut pace anda sendiri.

(Foto: Men's Journal)

#7: "Selalu nak pi exercise, tapi tengok-tengok dah terbaring depan TV dah."

Okay ini kena keras sikit. Bagi hembusan disiplin diri banyak sikit. Kalau susah sangat, anda set macam ni, lepas solat je Subuh/Maghrib/Isyak (mana-mana satu), anda terus bersiap untuk bersenam. Jadikan itu rutin anda. Bukan lama pun. Paling lama 1 jam. Baru satu drama satu jam di TV. Pejam celik dah habis bersenam. Lepas itu, anda mahu tengok TV lama pun tak apa. Reward.

(Foto: Science Daily)

#8: "Tak selesa lah."

Okay mari kaji apa yang anda tak selesa itu. Baju? Wanita atau jejaka, invest sikit untuk pakaian dalam bersenam anda. Bagus untuk anda dan juga kesihatan tubuh badan anda untuk jangka masa panjang. Untuk wanita, 'sports bra' lebih murah daripada lingerie anda yang lain. Beli yang murah dahulu pun tak apa. Simpan duit sikit-sikit untuk kualiti yang lebih elok. Untuk para jejaka pula, labur sikit beli 'tights'. Definitely lebih murah daripada perisa vape anda/bekalan rokok untuk tiga hari/ bayaran untuk main paintball dengan 500 pallet. Tudung asyik bergerak-gerak dan terselak-selak masa bersenam? Guna instant tudung. Sekarang ada banyak instant tudung yang cantik-cantik dan bukannnya seperti zaman 2010. Pilih yang mana anda paling selesa.

(Foto: MENA Post)

#9: "Esok je lah start. I promise."

Kita semua tahu kebarangkalian besar, hari 'esok' itu hanya akan datang lagi 3 bulan atau selepas jeans anda sudah ketat. Jadi mula sahaja sekarang.

(Foto: Quick Meme)

#10: "Malu."

Dears, tiada apa yang anda perlu malukan. Anda bukan sahaja bersenam untuk bentuk tubuh badan, anda juga bersenam untuk menjadi sihat. At least anda sedang berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Bukan senang tau mahu mulakan rutin baru. Ini memerlukan determination yang tinggi. Sepatutnya anda berbangga dengan diri anda. So, hold your head high. Kami menyokong anda!

(Foto: 9gag)

. . . . . . . . . .

Foto header: Huffington Post

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin