"Buat apa nak curang..."

Oleh Adilah Fatin

Dalam kegembiraan menyambut fasa baru dalam hidup anda, kita perlu menghirup beberapa dos realiti hidup untuk menyiapkan diri untuk perkara yang tidak diduga.

#1: Terus terang sahaja dengan pasangan. Kalau dah tak suka, terus terang saja pada pasangan. Nak simpan ramai-ramai buat apa. Pasangan bukan untuk anda buat koleksi di rumah. Martabat seorang pasangan lebih tinggi daripada itu. Biar sakit sekarang daripada ditipu anda.

#2: Sunyi? Oh please. Hidup anda bergelumang dengan pasangan sahaja kah? Anda tiada kehidupan, tanggungjawab, komitmen, cita-cita, atau impian anda sendiri? Kesunyian itu memanglah ada jika dah biasa luangkan masa dengan pasangan. Tapi kalau sunyi sikit, mata sudah meliar inikah nilai kesetiaan anda untuk pasangan. CInta bukan hanya masa pasangan ada depan mata sahaja, masa ketiadaan pasangan pun sama. Salurkan kesunyian anda itu dengan perkara lain yang lebih membina. Cari hobi. Pergi gym/buat blog/belajar memasak atau apa-apa sahaja yang anda suka.

#3: 'Test market'. Selalunya orang yang test market ini adalah orang yang tak berapa nak hot pun. Nak tengok jika dia masih valid di pasaran. Selalunya jugalah, yang melayan adalah orang yang sama juga perangai. Sampai bila nak buat perkara sebegini? Hidup bukan lama. Kalau nak main-main test market, tak payah kahwin.

#4: Mahukan perhatian. Say whaaaaaat? Kalau nak perhatian, cakaplah dengan pasangan. Dan kalau anda nak perhatian, jangan cari pada orang lain, minta daripada pasangan sendiri. Orang lain memang senanglah untuk beri anda perhatian dan menatang anda bagaikan minyak yang penuh sebab meraka tiada tanggungjawab terhadap anda. Sepertimana mereka boleh memberikan anda perhatian yang berbondong secara tiba-tiba, seperti itulah juga mereka boleh tiba-tiba hilang daripada hidup anda. Pasangan anda mungkin sibuk dengan kerjaya untuk kebaikkan anda juga, sebab dia mahu mudahkan hidup anda berdua. Cuba faham pasangan anda. Jika perlu, bincang cara baik. Cari jalan untuk anda luangkan lebih banyak masa bersama. Peruntukkan satu hari untuk masa bersama keluarga setiap minggu. Kadang kala kalau complain sahaja tidak berguna, anda perlu ada cadangan langkah penyelesaian masalah juga. Barulah konstruktif.

#5: Anda mahu mengejar kebahagian anda. Pergilah. Pergi kejar seorang-seorang. Jika anda merasakan anda lebih bahagia dengan insan lain yang bukannya pasangan anda, pergilah. Tapi anda perlu ingat yang anda perlu berlaku adil terhadap pasangan. Pasangan anda pun ada hak untuk hidup bahagia. Kalau anda menipu pasangan anda dan berpasang dua atau lebih, itu sudah kira aniaya terhadapnya. Pasangan anda berhak mendapat pasangan yang menghargai dan membahagiakannya. Anda ingat anda seorang sahajakah yang berhak bahagia?

#6: Realiti. Ada setengah orang mencari keseronokkan dengan merampas hak orang lain. Rasa keterujaan (excitement) yang datang bersama dengan 'rasa yang tak berapa nak bersalah' ini memberikan 'kick' yang lain sikit daripada bercinta dengan orang yang single. Dan ada juga yang sudah berpasangan ini, mereka rasa seronok juga apabila kena sembunyi-sembunyi bercinta. Macam ada double life. Tapi lazimnya, keseronokkan sebegini hanya bersifat sementara. Semua memang seronok apabila tiada tanggungjawab semua, tapi apabila sudah mula ada tanggungjawab, mulalah semuanya pahit. Lepas itu baru nak teringat pasangan anda terdahulu yang sanggup susah senang bersama, lebih memahami anda. Lepas itu anda mula balik perangai dahulu dengan berputus asa dan mencari pasangan lain.

. . . . . . . . . .

Semua GIF: Tumblr

Foto header: FB UPSI Confessions


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin