"Kepentingan rezeki berkat..."

Oleh Adilah Fatin

Menikmati hasil titik peluh sendiri dengan menikmati hasil yang tidak berapa nak berpeluh ada bezanya.

#1: Rasa 'best'.

Ada lain sedikit kepuasan yang anda dapat jika anda betul-betul berusaha gigih untuk bekerja dengan jika anda hanya goyang kaki, elak kerja dan tunggu gaji masuk. Walaupun lebih senang dan kurang perih, rasa 'best' tu yilek.

Lagipun, sebab anda tahu betapa susahnya anda bekerja untuk mendapatkan duit, anda akan lebih berhemah ketika berbelanja. (GIF: Icy Tales)

#2: Darah daging.

Apa yang anda dapat dan anda beli untuk makan, akan menjadi darah daging anda. Rezeki ini jugalah penyambung kepada kelangsungan hidup anda, pasangan dan cahaya mata anda berdua. Kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk yang tersayang, jadi sumber rezeki kita pun kenalah yang terbaik, okay? Setiap sen perlu berkat. (GIF: India Times)

#3: Duit cukup sampai hujung bulan.

Duit cukup sampai akhir bulan adalah satu level kegembiraan yang seronok dan penuh syahdu. Walaupun kadang kala itu, gaji anda tidak banyak sangat selepas dicampur imbuhan dan lain-lain, entah macam mana rasa okay sahaja sampai gaji bulan berikutnya. Kadang kala kalau dah nak habis itu, tiba-tiba ada rezeki lain. Ada beza dengan rezeki yang anda dapat daripada hasil usaha kerja yang tidak seberapa. (GIF: Jodi365)

Jadi, always buat kerja dengan bersungguh, okay? Sebab insyallah walaupun jika gaji kita tidak setimpal, rezeki akan datang dalam banyak cara lain yang kita tidak duga.

. . . . . . . . . .

Foto header: The Leiora

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin