Majlis Rewang. Jimat atau membazir?

Oleh Nadira Kushari

' mak cadangkan untuk rewang, kita rasa senang ambil catering. pening nya mana satu ni?' Jangan risau, kami kongsikan dengan anda tentang majlis rewang ni (:

Untuk setiap majlis perkahwinan zaman dahulu, semestinya ada majlis yg dipanggil 'rewang'. Rewang ialah seluruh sanak saudara atau jiran tetangga dijemput untuk membantu kita dalam menguruskan majlis perkahwinan kita terutama sekali bahagian masakan, gubahan dulang dan pelamin dan sebagainya.



Bagi yang berfikiran rewang boleh menjimatkan dan menyenangkan kerja, iya tidak dinafikan. tetapi, untuk sekadar pengetahuan anda sahaja, terdapat kebaikan dan keburukan rewang yg kita akan kongsi kan.


Kebaikan - menjalinkan dan merapatkan ukhwah(dapat berkumpul, masak ramai-ramai, dapat berkenalan, dapat mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara yg datang jauh, lebih ramai ahli rewang lebih cepat sesuatu kerja diselesaikan)
Keburukan - lebih banyak wang dikeluarkan dan lebih banyak masa diperlukan utk sesebuah majlis(contohnya 3 hari ; persediaan, masak, hari majlis, saguhati kepada ahli rewang)



Selaras dengan peredaran masa sekarang, sudah ramai bakal pengantin yang bijak dalam bab ini dan mengambil keputusan untuk mengambil pihak catering utk uruskan bahagian masakan. Akan tetapi, masih ada masyarakat melayu yang masih kekalkan adat tradisi dengan mengadakan rewang untuk sesebuah majlis perkahwinan demi merapatkan hubungan sesama jiran-jiran tetangga terutamanya yang tinggal di kawasan kampung.

Anda perlu bijak merancang. Kira semua kos perbelanjaan keluar melalui rewang dan catering. Buatlah keputusan dengan membuat pilihan yang berbaloi dan menguntungkan.

Selamat berjimat!

*gambar adalah asli dan hak milik Nadira Kushari*


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Nadira Kushari