"Memang nak Abamboy ada ketika majlis, sebab dia sebahagian dari hidup saya." - Fatirah Daemi

Oleh Charmaine Nash

Majlis nikah Fatirah Daemi diserikan dengan kehadiran kucing kesayangannya.

Hanya pencinta kucing saja yang memahami bertapa sayangnya seseorang individu itu terhadap kucing peliharan masing-masing. Fatirah Daemi dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang memasang niat untuk kucing kesayangannya hadir pada hari pernikahan & majlis bersandingnya.

Beberapa bulan sebelum majlisnya, Fatirah telah menempah baju melayu berwarna silver supaya matching dengan tema baju nikahnya untuk kucing kesayangannya, Abamboy.

" Tak susah pun nak pakaikan Abamboy baju, sebab dia memang berbaju bila keluar rumah."

Fatirah membela Abamboy sejak lahir hingga kini sudah 6 tahun. Pada umur Abamboy 1 tahun, Fatirah telah kehilangan Abamboy. Dan bila ditemu kembali, Fatirah dapati tulang belakang kucingnya telah patah. Kemungkinan jatuh dari tempat yang tinggi atau dipukul individu yang tidak bertanggunjawab. Akibat kcederaan itu Abamboy disahkan lumpuh dari paras pinggang ke bawah, juga mempunyai macam-macam penyakit termasuklah kerosakkan buah pinggang. Tetapi Fatirah tidak berputus-asa, dia menjaga Abamboy dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, kini Abamboy boleh berjalan walaupun hanya menggunakan kaki depannya.

Sepanjang majlis berlangsung, Abamboy baik dan duduk di bantal yang diletakkan sebelah Fatirah.

" Semasa tok kadi membaca doa mula dan akhir, dia mgiaw seolah-olah mengaminkan doa tersebut. Suaranya memenuhi ruang surau."

Selesai sudah akah nikah, Abamboy kelihatan berlegar-legar di perkarangan surau dan majlis berlangsung dengan jayanya.

Kami di iKahwin.my doakan majlis Puan Fatirah berjalan lancar, murah rezeki & bahagia selalu dengan suami. Tak lupa juga Abamboy, jangan nakal-nakal.

Cerita & Photo dari: Fatirah Daemi


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Charmaine Nash