"Menghadapai Keguguran..."

Oleh Adilah Fatin

Menghadapi kehilangan permata anda dan pasangan adalah tempoh yang sukar dan mencabar untuk anda berdua. Berikut 5 cara untuk menghadapi dugaan ini.

#1: Berkabung. Tentunya anda akan merasai kehilangan. It's natural to feel sad. Ambil masa yang anda perlukan untuk berasa sedih. (Foto: Rebloggy)

#2: Jangan simpan rasa sedih. Ada sesetengah orang menyimpan rasa sedihnya. Jika anda rasa perlu, luahkanlah rasa sedih anda ini kepada seseorang. Mungkin kepada pasangan atau rakan yang mempunyai pengalaman sebegini. (GIF: Rebloggy)

#3: Kuatkan semangat. Jadi kuat. Walaupun agak sukar, tapi anda perlu kuatkan diri. Anda dan pasangan kuat untuk satu sama lain pada waktu sebegini. (GIF: Cerita Oka)

#4: Pantang. Wanita yang mengalami keguguran juga perlu berpantang. Bahkan cara berpantang wanita yang mengalami keguguran sebenarnya agak ketat. Jaga pemakanan anda dan usah terlalu lasak. Sembuhkan luka dalaman dan emosi anda pada masa yang sama. Pakai stokin! Beli stokin yang comel dan ceria untuk buat anda sedikit ceria. (Foto: Odyssey)

#5: Tidak sama. Cara anda menghadapi situasi ini mungkin berbeza berbanding pasangan anda. Ada yang tidak menunjukkan rasa sedihnya, ada yang tunjuk. Janganlah anda berdua menjadikan hal ini sebagai satu masalah. Sepatutnya tiada perbandingan dalam hal bersedih. Setiap orang ada cara mereka sendiri yang mungkin tidak sama dengan anda. (Foto:Giphy)

. . . . . . . . . .

Foto header: College Times

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin