Pilih Kanta Lekap Yang Sesuai Untuk Anda

Oleh Adilah Fatin

Pilihan kanta lekap perlu bersesuaian dengan diri anda. 5 panduan ini boleh membantu anda.

#1: Anda seorang yang fun, 'daring' dan mahu kelihatan lain daripada biasa. Pilih warna yang lain daripada warna sebenar mata anda. Hijau, biru firus, kelabu cerah, merah atau ikut warna baju persandingan anda pun boleh. (Foto: Keralites Blog)

#2: Anda seorang yang mahu kelihatan lain daripada kebiasaan tapi sedikit 'timid'. Mungkin anda boleh memilih warna yang lebih natural seperti - hazel, cokelat lembut. (Foto: Wikipedia)

#3: Anda hanya mahu menjadi diri anda, tapi rabun lah pula. Pilih warna jernih dengan 'power' mata anda. (Foto: Keralites Blog)

#4: Anda seorang yang teliti dan pembersih. Anda boleh pertimbangkan penggunaan kanta lekap yang boleh tahan selama sebulan atau 3 bulan. Ini kerana, kanta lekap memerlukan penjagaan yang teliti. Jika anda beli yang tahan selama tiga bulan, tapi perlu membuangnya hanya selepas seminggu sebab mata anda berasa tidak selesa, membazir pula kan? (Foto: Listovative)

#5: Anda seorang yang kurang teliti dan mahukan keselesaan optimum. Anda paling sesuai dengan kanta lekap harian. Lepas anda guna sehari, anda boleh buang terus. Harganya sedikit mahal, tapi anda tidak perlu gusar tentang keselesaan ketika mengenakannya. (Foto: MedTopicWriter)

Jika anda pengguna baru, pastikan anda sudah berlatih memakai kanta lekap sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis anda, okay?


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin