Raikan Bakal Pengantin

Oleh Adilah Fatin

Rakan baik anda akan melangkah ke fasa hidup baru. Anda boleh melakukan sesuatu untuk meraikannya. Paling seronok, 'No Boys Allowed'.

Hi dulang girls dan para pengapit! Anda dah fikirkan idea untuk Bachelorette Party? Mungkin ramai yang akan kata Bachelorette Party ini tidak perlu dan kebaratan, namun jika anda fikir dari sudut yang positif, Bachelorette Party ini adalah peluang untuk para pengapit dan dulang girls untuk mengenal satu sama lain dan beramah mesra. Tak semua rakan rapat pengantin dari kumpulan social yang sama. Ada yang pengantin kenal dari zaman sekolah, sekolah menengah, A-level, universiti dan mungkin juga tempat kerja. Jadi, ini adalah masa paling sesuai untuk melakukan sesi ice breaking, di samping mencurahkan segala perhatian dan kasih sayang untuk bakal pengantin yang anda raikan.

Berikut adalah idea-idea yang anda boleh pertimbangkan untuk aktiviti tersebut.

#1: Afternoon Tea

Pakai baju cantik, make up dan apa apa yang buat anda rasa selesa dan elegan. Ada banyak hotel atau kafe yang menyediakan servis Afternoon Tea ini. Bersembanglah sambal makan scones dan pastry. Harga mungkin agak mahal (RM60 untuk satu set, bergantung kepada lokasi) namun, ianya amat berbaloi. Suasana dan persekitaran selesa, intim dan ekslusif untuk sesi beramah mesra ini.

Cadangan lokasi: The Tea Lounge Majestic Hotel (baca review di sini: My Story) dan The Ritz Carlton Hotel (baca review di sini: TheYumList)

Jangan lupa untuk menyediakan tiara dan sash untuk membuat bakal pengantin berasa lebih istimewa.

Foto: Hafizudin Hamdan

#2: Bercuti

Rancang percutian untuk bawa bakal pengantin relaks sebentar daripada kesibukan dan kekalutan merancang perkahwinan. Tak perlu jauh dan tak semestinya di luar negara. Apa yang penting, anda semua dapat meluangkan masa berkualiti bersama. Anda boleh pergi ke pantai, kawasan hutan atau juga membuat pengembaraan makanan.

Cadangan lokasi: Sekeping Serendah, The Dusun, mana mana pantai di Malaysia atau Pulau Pinang untuk makanan yang lazat-lazat belaka.

Foto: Hafizudin Hamdan

#3: Doa Selamat

Anda boleh meraikan bakal pengantin dengan mengadakan majlis doa selamat untuknya. Bakal pengantin pastinya akan menghargai pendekatan anda. Suci dan bermakna.

Cadangan lokasi: Rumah bakal pengantin atau rumah pengapit.

Foto: Hafizudin Hamdan

#4: Sesi Spa

Apa kata anda semua pergi memanjakan diri bersama? Pergi untuk sesi rawatan tangan, kaki dan muka. Sesi urutan juga jika anda mahu sambil meraikan bakal pengantin dan mengenali satu sama lain. Seronoknya.

Cadangan lokasi: Villa Manja atau Hammam Spa

Foto: Hafizudin Hamdan

#5: Sleepover

Tanggalkan semua make up anda, bawa baju tidur, bantal, buat pesanan pizza atau apa apa makanan kegemaran anda. Bersantai di rumah sendiri beramai ramai lebih selesa dan anda boleh lebih relaks. Selain berbual dan bermain 'games', and juga boleh membuat movie marathon.

Cadangan lokasi: Rumah pengapit

Selamat bergembira!

. . . . . . . . . . .

Foto header: Hafizudin Hamdan


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin