Real Wedding: Bella Yunus & Ariff Zaki

Oleh Adilah Fatin

Ikuti temuramah santai bersama Bella Yunus tentang kisah perkahwinannya.

Bella Yunus bukanlah nama asing dalam bidang pengacaraan. Empunya nama sebenar Yusma Nabilah binti Yunus ini telah disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Ahmad Ariff Zaki bin Abdul Rashid pada 13 Mei 2016. Mengimbau detik pertemuan pasangan sebaya ini, mereka pada mulanya berkenalan ketika menuntut di universiti yang sama. Atas dasar malu, mereka hanya berhubung di Facebook, hinggalah Ariff meminta nombor telefon Bella selepas dua bulan. Selepas beberapa ketika, like a true gentleman, Ariff membawa keluarganya untuk merisik Bella dan seterusnya mengikat tali pertunangan dengan gadis rupawan ini pada 21 November 2015. Ikuti kisah perkahwinan Bella Yunus dan tips yang dikongsinya melalui temuramah santai ini.

Bila Bella mula buat persiapan perkahwinan ini?
Wedding preparation dah mula sikit-sikit lepas bertunang. Tapi baru fikir-fikir nak buat tema dan konsep macam mana. Bila dah masuk bulan 1 tu baru mak bella bising suruh start buat persiapan cepat. Masa bergerak terlalu cepat dan tak sedar pun.




Benda paling best tentang buat persiapan perkahwinan?

Benda paling best tentang persiapan perkahwinan ni bila semua family members sibuk-sibuk nak take part. Buat preparation je dah rasa meriah. Yela family bella ramai. Senang nak bahagi-bahagi tugas. Paling best bila satu family turun padang cari kain utk majlis nikah, sanding dan bertandang. Baju family members semua dah siap tapi baju pengantin yang tak gerak langsung. Nasib baik abg bella Emmy Agung in charge dari A to Z pasal baju pengantin.

Dari baju nikah sampai la baju sanding. Sangat terharu bila abang sendiri yang buat baju dan makeup kan kita. Sebenarnya tema dan konsep pun atas pilihan abang bella Emmy Agung tu. Sebab dia memang betul-betul kenal Bella macam mana. Dan Bella suka sangat pilihan tema dan konsep tu. Kakak paling rapat dengan Bella, dari kecik sampai la sekarang menguruskan Bella, Liyana Yunus memang tak menang tangan. Dia uruskan everything... Bila sebut je pasal persiapan mmg terbayang wajah2 family. Memang mereka yang banyak sangat membantu..


Benda paling mencabar tentang buat persiapan perkahwinan?

Sebut pasal cabaran sememangnya kewangan. Disebabkan Ariff dan Bella keduanya baru sangat bekerja. Tetapi Alhamdulillah dengan adanya bantuan daripada kedua-dua belah keluarga, semuanya dipermudahkan...







Investment paling berbaloi untuk majlis perkahwinan...

Bagi Bella, investment yang paling berbaloi semestinya baju pengantin! Baju tu kita boleh simpan dan tengok sebagai kenangan. Nanti boleh tunjuk dekat anak-anak dan cucu-cucu... Spend utk baju pengantin tak salah. Itu hari bahagia kita...

Semestinya kita nak tampil cantik, berkeyakinan, dan dalam masa yang sama baju tu boleh disimpan sampai bila-bila sebagai kenangan.



Benda paling Bella suka tentang majlis perkahwinan Bella...
Sejujurnya Bella still tak boleh move on dengan majlis perkahwinan Bella sendiri. Paling Bella terkejut malam nikah tu semua family members sangat sporting. Tema untuk malam nikah tu adalah 'Mughal Maharani'.. Sebenarnya disebabkan kami ada berdarah Pakistan. Jadi yang lebih mengejutkan, malam tu ada persembahan dari anak-anak buah Bella. Dan paling tak sangka semua family yang lain pun join menari sama. Memang cukup meriah. Bella sangat-sangat bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat-sangat menyayangi Bella. Untuk majlis bersanding pulak ade lagi kejutan... Rupanya abang dan kakak bella plan dgn Ariff supaya Ariff menyanyi untuk Bella. Memang tak expect langsung. The beauty of my wedding is that it is full of surprises and I really love it.



Tips cantik untuk bakal pengantin...
Tips cantik tu mudah je. Jangan stress-stress dan perlu banyak rehat. Bila stress kulit pun naik jerawat dan sebagainya. So just be relax.

Kehidupan Bella selepas berkahwin...
Kehidupan selepas berkahwin tak banyak berubah. Tapi Alhamdulillah sekarang dah ada keluarga mertua.. Jadi semakin bertambah la keluarga.



Apa istimewanya Ariff di mata Bella?
Ape yg istimewa tentang ariff ni, setakat ni Bella tak jumpa lagi pada lelaki lain. Dia sangat penyabar, rajin, layan je segala macam kerenah pelik Bella nak itu ini. Pendek kata dia sangat la penyabar...



Jika Bella ada ucapan yang Bella ingin sampaikan kepada diri Bella dan suami 10 tahun akan datang, apakah ucapan tersebut?
Harapan Bella supaya mahligai yg baru saja kami bina ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Dan semoga ikatan cinta kami ini kekal selamanya... Love till the end.

Semoga mahligai yang dibina Bella & Ariff akan kekal bahagia sehingga ke Syurga. Selamat Pengantin Baru!


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin