Real Wedding: Lailatussyifaa' & Zull Izwan

Oleh Adilah Fatin

Anda bercadang untuk DIY majlis perkahwinan anda? Dapatkan tips daripada cerita kahwin DIY Puan Syifaa' di sini.

Puan Syifaa' dan pasangannya, Encik Zull Izwan bertemu ketika kedua-duanya sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun pada tahun 2008. Oleh sebab Encik Zull merupakan senior kepada Puan Syifaa', mereka terpaksa berjauhan selama 4 tahun dalam tempoh bercinta. Namun, berkat kesabaran dan kesetiaan mereka berdua, pasangan ini akhirnya mengikat janji cinta mereka selepas tujuh tahun berkenalan.

Mula buat persiapan majlis perkahwinan...

Kitaorang tunang Disember 2014, tapi persiapan mula boleh kata sejak Feb/Mac 2015 macam itu. Maksudnya macam mula survey kain, tukang jahit dan sebagainya. Pada saya penting sebab nanti taklah kelam kabut bila sudah tiba masa untuk beli dan buat segala benda itu nanti.Daripada sini, bajet pun kita boleh kawal. Survey awal dan boleh buka mata kita mana yang elok dan berpatutan.

Kenapa DIY...

Sebab sejujurnya saya ini cerewet. Sendiri buat, sendiri puas hati. Tak mahal, tak mewah, tak apa. Janji hati suka, sedap mata memandang giteww. Haha. Lagipun saya suka benda-benda yang simple but nice. Jadi, sebab itu pilih untuk DIY. Hehe...

Sumber idea untuk DIY...

Idea? Hmmm... Ini namanya idea suka hati. Temanya ialah 'Simple & Sweet'. Untuk baju, saya memang mahukan songket warna soft pink dari dulu, dari tak terfikir nak kahwin lagi. Kiranya termakbul lah. Tailor saya ambil masa juga nak survey dan ambil keputusan untuk tempah di Medan Mara, Butik D'qasih Ayu untuk baju perempuan dan baju suami saya di Bak Tailor, Jalan Bunus. Harga berpatutan, setimpal dengan kualiti. Hee.. paling penting kita dapat simpan baju itu sebagai harta kita sampai bila-bila. Boleh tunjuk anak cucu nanti. Hahaha.. sentimental value tinggi tu.

Untuk doorgift dan bunga telur, tiada tema, cuma konsepnya 'Yakin Diri & Buat'. Hahaha... Pelamin atas pertolongan kawan mak. Saya tak kisah asalkan konsep simple dan sweet itu ada.

Hand bouquet is the best part. Sebab memang dah impikan nak buat sendiri. I love flowers a lot! Dan tak kisah dah pakai baju penantin cantik-cantik, sanggup lagi duduk menggubah bunga. Ye la kan, fresh flower, nak bagi segar kena buat lambat-lambat sedikit. Hehe
Photographer, saya guna khidmat Sweetpictures sebab sebelum ini saya dah godek-godek banyak jurufoto dan terjumpa Sweetpictures ini. Gambar pun cantik-cantik.

Benda paling susah untuk dibuat...

Hmm.. Alhamdulillah, semua went well. Nak cakap susah tak ada lah sangat, mungkin sebab keluarga semua rajin tolong. Contohnya nak buat doorgift yang 1000++ tu kalau tiada orang tolong sakit juga tu.

Benda paling 'best' tentang buat sendiri wedding...

Saya rasa semua benda best sebab hasil usaha sendiri. Serious. Sebab terasa sangat sangat puas hati. Terasa macam duit pun dapat jimat sedikit sebanyak berbanding yang ambil wedding planner/doorgift supplier.


Tips untuk berjimat duit untuk belanja kahwin...

Hmm... saya pun tidaklah reti sangat berjimat pun, tapi cukuplah nak cakap yang betapa pentingnya survey dulu sebelum buat keputusan untuk sesuatu perkara. Jangan malas! Banyak supplier/wedding planner sekarang yang mark up harga lebih, hasil kerja tidak seberapa...baju pun kadang-kadang tangkap muat je.

Tips cantik untuk bakal pengantin di luar sana...

Tips cantik? Alamak, saya tak cantik masalahnya...redha je la dengan rupa paras sendiri Allah dah bagi..Hahaha Tapi serius , masa nak kahwin muka macam tiada maslah sangat, padah selami ini erkkk.. Buruk...Oh ya, penting ya pilih make up artist yang elok. Mungkin kena invest sedikit. Kahwin sekali seumur hidup. nanti dalam gambar buruk, menangis tak berlagu tepi bucu meja... Kita guna 'fynahere' untuk mekap nikah dan 'makeupbynorrazlinawati' untuk sanding. Sangat-sangat puas hati.

Kehidupan selepas berkahwin...

Sekarang ini baru sebulan lebih nak masuk dua bulan. Alhamdulillah, semuanya indah-indah. Boleh kata macam baru mula bercinta balik...hahaha 7 tahun bercinta, tap rupanya banyak lagi benda yang kita tidak tahu. Suami kita macam itu, dia suka ini, dia suka itu... Makin hari makin banyak benda baru kita jumpa...Menarik! Dan mana yang kurang itu kena sama-sama terima. Plus, kita sendiri pun masih banyak benda nak kena belajar, How to be the best wife to my husband..ececeh..hahahah Oh ya doakan yang baik-baik untuk saya dan husband k! :)

Semoga Puan Syifaa' dan suami akan terus sukses dan bahagia bersama #tilljannah!

. . . . . . . . . .

Berminat untuk berkongsi cerita anda? Hantarkan email kepada adilahfatin.mi[at]gmail.com

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin