Tips Cantik: 5 Krim Tangan Untuk Tangan Yang Lembut

Oleh Adilah Fatin

Selain rupa paras, tangan juga perlu dijaga. Jika anda punyai tangan yang kasar, masih belum terlambat untuk berbuat sesuatu.

#1: Avocado, Olive & Basil Ultra Moisturising Hand Therapy, Crabtree & Evelyn - RM82. Mengandungi ceramide yang berfungsi yang membantu tangan mengekalkan kelembapan kulit untuk kelembutan yang luar biasa. Krim ini diformulasikan tanpa pewarna, paraben, phthalates,minyak mineral dan propylene glycol.

#2: Wild Rose Hand Cream SPF15, Body Shop - RM25. Krim tangan ini mengandungi minyak rosehip yang menyediakan lembapan yang amat diperlukan untuk kulit matang. Selain itu, krim tangan ini berdwifungsi sebagai krim yang dapat membantu untuk mengurangkan kemunculan tompok gelap.

#3: Almond Delicious Hands, L'occitane - RM41. Almond sememangnya terkenal dengan keupayaannya untuk melembutkan kulit. Tekstur krim ini yang tidak melekit, sesuai untuk digunakan anda sepanjang hari.


#4: Daily Perfumed Hand Cream Acacia Honey, The Face Shop - RM15.90. Mengandungi 10% shea butter yang berupaya untuk melembapkan kulit yang kering. Krim tangan ini bukan sahaja melembut dan melembapkan kulit, malahan mempunyai beta glucan yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan melindungi kulit.

#5: Apicosma Extra-Rich Hand Cream With 3 Honeys, Melvita - RM98. Menggunakan formulasi 3 madu, krim yang pekat dan lembut ini melindungi, melembap dan melegakan kulit yang kering dan rosak. Royal Jelly yang memberikan efek regenerasi digabungkan dengan ciri kelembapan dan pemulihan kulit yang terkandung dalam Shea dan Cocoa Butter, mampu membuatkan tangan anda lembut dan selesa sebaik sapuan.

. . . . . . . . . .

Foto header: Afnan Omar


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin