Tips Cantik: Cukur / 'Wax' / Krim / Laser?

Oleh Adilah Fatin

Anda ragu-ragu mana satu cara yang lebih efektif dan sesuai untuk anda? Mari kita teliti satu persatu kaedah yang ada.

#1: Cukur

  • Kaedah: Guna pisau cukur untuk membuang bulu-bulu yang tidak dikehendaki di badan.
  • Terbaik untuk: Kaki, bawah lengan dan individu yang mempunyai bulu yang halus dan nipis.
  • Kebaikkan: Murah, tidak sakit, boleh digunakan bersama krim pencukur untuk melembapkan dan melembutkan kulit.
  • Keburukkan: Bulu cepat tumbuh semula, bulu yang tumbuh selepas dicukur lebih lebat dan tebal, boleh terluka ketika mencukur.
  • Hot Tip: Cari di pasaran krim yang melambatkan kadar pertumbuhan bulu. (GIF: Tumblr)

#2: 'Wax'

  • Kaedah: 'Wax' yang panas disapukan di kawasan yang dikehendaki . Bulu-bulu kemudiannya dibuang berlawanan dengan arah pertumbuhan bulu, menarik bulu daripada akarnya.
  • Terbaik untuk: Kaki, bawah lengan, 'bikini areas', individu yang mempunyai bulu yang tebal, lebat dan degil.
  • Kebaikkan: Hidup bebas tanpa bulu selama tiga hingga enam minggu, bergantung kepada jenis dan kelebatan bulu anda.
  • Keburukkan: Untuk lebih efektif, anda perlu biarkan bulu anda tumbuh sedikit sebelum 'wax'. Tahap kesakitan adalah sederhana, namun akan terasa kurang sakit selepas beberapa kali.
  • Hot Tip: Jangan minum kop sebelum melakukan rawatan waxing' ini. Kopi mengandungi stimulan yang boleh meningkatkan daya sensitiviti anda. (GIF: Buzzfeed)

#3: Krim 'depilatory'

  • Kaedah: Menggunakan krim yang melemahkan folikel rambut dan kemudiannya boleh disapu dengan mudah untuk membuang bulu.
  • Terbaik untuk: Bulu di muka, bawah lengan dan 'bikini lines'.
  • Kebaikkan: Boleh dibuat di rumah, bulu yang tumbuh selepas rawatan adalah halus dan tidak kasar.
  • Keburukkan: Bahan kimia dalam krim mungkin boleh mengakibatkan kerengsaan untuk sesetengah individu, terutamanya di kawasan yang sensitif. Baunya juga agak kuat.
  • Hot Tip: Pilih krim dengan spesifik mengikut tujuan penggunaan. Lain kawasan bulu, lain kekuatan produk. Nyalakan lilin beraroma ketika membuat rawatan di rumah untuk meneggelamkan bau yang kuat dan tidak menyenangkan. (GIF: Reddit)

#4: Laser

  • Kaedah: Laser menembusi kulit dan menyasarkan batang rambut untuk menghalang pertumbuhan rambut. Kaedah ini menghapuskan folikel, memungkinkan ketiadaan pertumbuhan bulu di masa akan datang. Bulu di kawasan rawatan yang terlibat akan gugur dalam masa 2 hingga 3 minggu.
  • Terbaik untuk: Individu dengan warna bulu yang lebih gelap daripada warna kulit mereka.
  • Kebaikkan: Pembuangan bulu untuk jangka masa panjang. Tidak mengakibatkan kerosakkan lapisan dermis, jadi sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif juga.
  • Keburukkan: Sakit. Perlu buat rawatan beberapa kali untuk hasil terbaik.
  • Hot Tip: Walaupun mahal, ini adalah pelaburan jangka masa panjang yang bijak dan berbaloi. (GIF: Buzzfeed)

. . . . . . . . . .

Sumber: Beauty Life

Foto header: Naini Who


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin