10 Tips Untuk Gambar Perkahwinan Anda

Oleh Adilah Fatin

Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu pelaburan yang berbaloi. Pastikan anda dan pasangan anda kelihatan wow dalam gambar dengan 10 tips ini.

#1: Pastikan anda rehat dengan cukup. Malam sebelum anda diijabkabulkan itu, pastikan anda rehat dengan cukup. Jika anda penat, walaupun ada make up yang boleh bantu anda nampak cantik, aura dan tenaga anda tidak akan berada pada paras optimum. Mula buat persediaan awal sedikit supaya anda tidak perlu stay up lama-lama. (Foto: Finefolx)

#2: Pastikan anda ada masa yang cukup untuk bersiap. Big day? Anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk bersiap. Pastikan anda susun dan patuhi jadual persediaan anda dengan tepat. Tak mahulah nanti banyak perkara tergendala kerana anda lambat bersiap. Nanti rushing, sampai mahu ambil gambar sebelum majlis berlangsung pun tidak sempat. (Foto: Finefolx)

#3: Hiaskan tempat anda bersiap dan pencahayaannya terang. Anda selalu lihat gambar pengantin sedang bersiap kan? Mesti anda tidak mahu gambar anda nanti penuh dengan barang bersepah. Handbag bridesmaids merata-rata, katil tak kemas dan sebagainya. Jadi, sebelum anda benarkan jurugambar masuk, pastikan tempat anda bersiap kemas. Hiaskan sedikit bilik anda. Pencahayaan juga penting. Kalau gelap nanti akan memberi efek yang kurang menarik kepada gambar anda. (Foto: Afnan Omar)

#4: Jadualkan waktu bergambar dengan betul. Kalau anda ambil gambar waktu tengah hari, ketika matahari terpacak di atas kepala, agak susah bukan? Sudahlah panas, nanti dalam gambar, banyak gambar anda kecilkan mata saja kerana terpaksa menahan pancaran terik matahari. Jadi, pilih waktu yang sesuai. (Foto: Afnan Omar)

#5: Selesa. Keselasaan adalah keutamaan anda. Jika anda tidak selesa untuk bergerak kerana baju anda, pastikan anda alter apa yang patut sebelum majlis berlangsung.

Ketika bergambar nanti, lebih elok jika anda tidak perlu berfikir banyak sangat dan hanya bergembira pada waktu tersebut. Tidak seronoklah jika ketika sedang bergambar dengan pasangan, minda anda ligat memikirkan tentang seluar anda yang ketat.(Foto: Afnan Omar)

#6: Main dengan baju anda. 'Pose' dengan menggunakan setiap potensi baju anda. Beli mahal-mahal jadi anda gunakan sepenuhnya. Spread-kan gaun anda yang meleret di tangga, lantai atau apa-apa sahaja jika anda mahu. Anda guna gaun kembang dan anda mahu twirl? Go ahead. (Foto: Finefolx)

#7: Minta tolong rakan anda. Kadang kala anda dan pasangan tidak perasan jika ada cela pada make up atau baju anda. Yang perasan ini selalunya orang yang duduk memerhati daripada jauh. Minta tolong rakan anda untuk menemani anda dan pasangan ketika outdoor photoshoot. Bawa loose powder just in case nak kena touch up apa yang patut. Nanti upahlah rakan anda yang setia menemani anda berdua itu dengan dinner treat ke, apa ke. (Foto: Afnan Omar)

#8: Ambil inspirasi gambar perkahwinan orang lain. Selalunya ada gambar kahwin orang lain yang buat kita teruja dan kita rasa macam mahu angle dan pose yang sama untuk majlis kita sendiri. Hah! Inilah masanya untuk anda cari ilham ilham apa yang patut. Lepas tu cerita lah impian anda dan pasangan ini kepada jurugambar anda. Mana tahu jurugambar anda boleh tambah idea dan kepakarannya untuk menghasilkan gambar yang lebh bombastik. (Foto: Afnan Omar)

#9: Jangan ubah rutin penjagaan kulit anda. Minggu depan nak kahwin, minggu ni baru nak mula gunakan produk baru.-Tak payahlah. Nanti jadi lain pula. Kita memang harapkan yang terbaik, namun ada juga kebarangkalian yang kurang baik terjadi.

Jadi, sebelum apa-apa yang tidak berapa elok terjadi pada kulit anda, jangan cuba apa-apa benda baru ketika majlis anda dah nak dekat sangat. (Foto: Afnan Omar)

#10: Jadi diri anda sendiri: Gambar-gambar perkahwinan anda bukan untuk hanya untuk tatapan keluarga dan kawan-kawan anda sahaja, Gambar-gambar ini adalah saksi penyatuan hati dan keluarga antara anda dan pasangan. Macam treasure untuk anda berdua. Kalau kekok, kaku, dan cuba bergambar mengikut kepuasan orang lain, macam mana anda dan pasangan mahu relate balik dengan the magical feeling yang anda berdua rasa ketika disatukan? Anda pun mesti nak tunjuk kepada anak-anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya, bukan? Jadi, jadi diri anda sendiri. Foto: (The Project Pixel)

. . . . . . . . . .

Sumber: Popsugar

. . . . . . . . . .


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin