Trend Perkahwinan 2016

Oleh Adilah Fatin

Berikut adalah 5 perkara yang sedang trending untuk majlis perkahwinan pada tahun 2016.

#1: Pelamin merah. Jika tahun 2015 rata-rata pelamin banyak yang berwarna pastel dengan hiasan bungaan memenuhi pelamin, penghujung 2015 dan tahun 2016 menyaksikan banyak warna yang lebih berani dan menyerlah digunakan untuk pelamin. Ada juga hiasan pelamin yang diserikan dengan penggunaan hiasan bunga secara minimal. Ada juga yang menggandingkan penggunaan juntaian fabrik baldu merah sebagai tunjang utama pelamin.


Sumber: Instagram @rekateemor



Sumber: Instagram @nasgreatidea_weddings


Sumber: Instagram @flair.design


#2: Songket. Orang kata musim fesyen ibarat roda. Fesyen fabrik songket tradisional makin mendapat tempat di hati bakal raja sehari. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan makin ramai pereka tempatan yang semakin berbakat dalam mengolah penggunaan fabrik untuk sentuhan yang lebih moden dan sesuai dengan citarasa pengantin. Penggunaan variasi warna songket yang lebih meluas, memberi biasan yang pengantin masa kini semakin berkeyakinan dalam mencuba warna-warna yang tidak klise.


Sumber: Instagram @emma_wf


Sumber: Instagram @zamrimatouch



Sumber: Instagram @najeebazami


#3: Marquee tent. Zaman kini, marquee tent, arabian tent, see through tent makin popular untuk majlis-majlis yang diadakan di rumah. Pilihan khemah sebegini bukan sahaja nampak lebih cantik dan presentable, malahan turut membuat kerja mendekorasi khemah lebih mudah. Ada juga yang menawarkan servise sewaan marquee tent di tapak kekal sebagai alternatif kepada dewan untuk pasangan yang mahukan sedikit kelainan.


Sumber: Instagram @sanicanopy



Sumber: Instagram @rdkevents

Sumber: Instagram @sanicanopy


#4: Inai putih. Bagi pengantin yang lebih moden dan terbuka, inai berwarna putih menjadi pilihan yang menarik pada tahun ini.


Sumber: Instagram @syazmoralee_henna



Sumber: Instagram @sant_rusli



Sumber: Instagram @sheemahenna


#5: Dekorasi pintu masuk. Jika dulu, pintu masuk dewan dibiarkan sepi, atau hanya diletakkan meja hadiah untuk pasangan pengantin, sekarang sudah menjadi trend untuk pintu utama ke majlis resepsi dihias juga. Bak kata orang, ianya memberi first impression yang bagus.


Sumber: Instagram @fashadaweddingconcept



Sumber: Instagram @mahakaryaideas



Sumber: Instagram @kayangangallery


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin