Trend Gubahan Hantaran Perkahwinan

Oleh Emie Dzulkarnain

Pelbagai gubahan hantaran perkahwinan boleh didapati di pasaran pada masa sekarang. Berikut ialah trend terkini gubahan hantaraan perkahwinan 2015.

Zaman kini, gubahan hantaran tidak lagi sama seperti zaman nenek moyang kita terdahulu. Bukan ingin menidakkan tradisi warisan turun temurun tetapi percambahan dunia teknologi moden dan lebih canggih membuatkan ramai lebih kreatif dalam memilih gubahan hantaran yang diidamkan. Antara trend gubahan hantaran yang memikat hati anak muda kini ialah:

1.Fresh Flowers

Bunga-bunga segar memberi nafas baru dalam bentuk gubahan hantaran yang dipilih. Barangan yang dijadikan sebagai hantaran dihiasi bunga-bunga segar dan semestinya ia lebih mahal. Tetapi apa salahnya mengekspresikan cinta pada si dia dengan menghiasi bunga segar di keliling dulang barang hantaran tersebut.

2.Gajet

Seiring dengan arus pemodenan teknologi kini, anak muda malah mereka yang lebih tua tertarik dengan gajet seperti tablet, telefon pintar, permainan video dan banyak lagi. Trend terkini barangan hantaran lebih kepada gajet yang dihiasi di atas dulang bersama kain sutera yang cantik dan berwarna-warni.

3.Rona Warna

Jika dahulu pengantin lebih tertarik pada satu warna untuk dijadikan tema gubahan hantaran kini tidak lagi. Pengantin lebih cenderung memilih beberapa warna sehinggakan ada yang suka menggabungkan beberapa rona warna dalam satu barangan hantaran untuk menampakkan barangan hantaran tersebut lebih colourful dan menarik.

4.Aset

Selain daripada gajet, aset seperti rumah malah kereta dijadikan barangan hantaran. Ia tidaklah terlalu melebihi had tetapi terpulang pada kemampuan masing-masing. Pemberian aset ini selalunya dalam bentuk kunci yang dhiasi bersama kad dan bunga-bunga dikeliling dulang hantaran.

5.Dulang Hantaran

Perkara paling penting dalam gubahan hantaran ialah dulang hantaran. Dulu, dulang hantaran hanya terdapat dalam dua tiga jenis sahaja tetapi kini sudah ada pelbagai jenis, bentuk, warna dan rupa dulang hantaran yang boleh didapati di pasaran. Ada yang berbentuk unik, berangkai malah berwarna selain daripada putih, emas dan perak. Sangat menarik!

Trend gubahan hantaran ini menjadi satu viral kepada anak muda untuk memastikan majlis perkahwinan mereka diingati sehingga ke akhir hayat. Berhabis wang ringgit tidak mengapa tetapi harus beringat akan kemampuan diri sendiri. Jangan terlalu ghairah berbelanja sehingga menanggung hutang yang banyak selepas majlis perkahwinan nanti.


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Emie Dzulkarnain