Unik: Majlis Resepsi Bertema Star Wars Liyana & Adam Shahruddin

Oleh Adilah Fatin

Pasangan ini bukan hanya berkongsi naluri cinta yang sama antara satu sama lain, mereka juga mempunyai minat yang sama.

Pasangan sebaya, Puan Liyana dan pengarang jantungnya, Encik Adam Sharuddin berkenalan awal tahun 2014 sebagan kenalan biasa. Pada bulan September 2015, Encik Adam menyatakan hasratnya untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Alhamdulillah, langkah mereka ke gerbang perkahwinan dipermudahkan, dan hasrat mereka disusuli dengan majlis merisik, bertunang dan akhirnya majlis pernikahan dan resepsi yang diadakan pada Januari 2016. Menariknya tentang pasangan ini, mereka kedua-duanya berkongsi minat yang sama: Star Wars dan mengumpul figurines.

Siapa punya idea dan kenapa Star Wars?

Kami berdua... sebab kami dua-dua peminat tegar Star Wars.

Reaksi ibu bapa apabila memberitahu mereka tentang pilihan tema...

Alhamdulillah, parents setuju terus sebab dia tahu minat anak dan menantu..dan juga unik.

Bahagian mana Puan dan suami implement elemen Star Wars dalam majlis perkahwinan anda berdua?

Dari kad kahwin, deko hantaran sebelah perempuan untuk lelaki, badge untuk groomsmen, butang baju melayu, deko photobooth, dan ada tema cosplay untuk iring pengantin dan juga lagu iringan.

Kos untuk majlis resepsi bertema Star Wars ini...

Banyak DIY sendiri, macam jahit veil dan manik baju, bunga telur, most of the deco, doorgifts etc..kawan-kawan cosplay dari Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC) datang utk memeriahkan majlis sanding utk pakai baju Star Wars..

Kenapa pengantin tidak pakai baju bertema Star Wars juga?

Sebab kami dah selalu pakai utk cosplay... hahahaha..so waktu kahwin kami mmg tak nak ber'cosplay'...nak merasa pakai baju pengantin rekaan sendiri.

Reaksi tetamu yang datang...

Alhamdulillah, tetamu kata seronok dan lain daripada yang lain..selain daripada tema Star Wars, majlis kami turut dimeriahkan dgn kehadiran abang Aziz M Osman, Abang Joe Wings, Abang Rom ROTTW dan Amin Idris yang turut sama mengiringi pengantin... Abang Joe Wings juga buat kejutan untuk kami dengan jamming dengan band suami saya dimana masai tu suami saya memainkan drum dan menyanyi lagu daripada kumpulan Wings.

Tips perancangan kahwin untuk bakal pengantin di luar sana...

Buat lah persiapan awal. You got nothing to lose. Sebenarnya majlis saya bermula pada 21 Januari 2016 dimana dimulai dengan majlis berinai kecil, 22 Januari khatam quran (pagi), nikah (petang) dan majlis berinai besar (malam), 23 Januari 2016 majlis sanding dan 24 Januari 2016 ada kenduri kecil untuk seluruh kaum keluarga dan jiran tetangga yang membantu dan juga majlis utk meraikan hari jadi kami berdua suami isteri yang jatuh pada hari yang sama (tarikh lahir berdua 24 Januari 1985). Preparing things early memang sangat-sangat membantu. Saya buat persiapan kahwin betul-betul lepas bertunang. Kadang-kadang kita tak dapat expect apa yang nak jadi in the future. Kebetulan hujung bulan Disember 2015, ibu saya kena buat operation secara tiba-tiba. Almost 2 weeks di hospital dan berminggu rehat d irumah. Alhamdulillah, sebab persiapan awal, ibu dan saya tak perlu pening-pening nak siapkan benda-benda untuk majlis kahwin.

Tips cantik untuk bakal pengantin...

Hmmm....apa nak jawab ye yang ni...hahaha...banyakkan rehat dan minum banyak air putih. Sebab saya tak banyak sangat rehat, banyak benda semua buat sendiri, sebab saya ni OCD orangnya.

Satu benda yang Puan belajar tentang satu sama lain selepas berkahwin...

Communication sangat penting. Bila ada apa-apa tak kena atau nak buat keputusan, duduk dan berbincang elok-elok. Tolak tepi rasa marah kalau ada. Bincang baik-baik. Toleransi kena ada. Jangan suka nak pendam tak tentu pasal.

Trivia pasangan ini: Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dengan perbezaan masa hanya 3 jam! Jodoh sangat.

Terima kasih Puan Liyana dan Encik Adam Sharuddin kerana sudi berkongsi kisah perkahwinan anda berdua. Memang happening, memang gempak. Dan paling best, parents dan tetamu pun memang sporting. Kami doakan yang indah-indah, baik-baik, sentiasa murah rezeki, dan berada dalam lindungan Yang Maha Esa untuk anda berdua :)


comments powered by Disqus

Recommended

  • Text & Photos by

    Adilah Fatin