Checklist Persiapan Perkahwinan

How much should I spent for the wedding?

Kami sedar bahawa merancang perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Kami, di iKahwin.my berhasrat untuk memudahkan seberapa banyak yang boleh tugas anda.

Oleh itu, kami telah menyediakan kalkulator perkahwinan, senarai semak dan tips-tips perkahwinan untuk memudahkan persiapan perkahwinan anda.


Garis Panduan Bajet

Bajet perkahwinan anda amat penting dalam merancang perkahwinan anda. Tanpanya, anda akan mudah berbelanja lebih. Atas dasar kepentingan ini, bajet ini patut dijadikan antara perkara pertama yang perlu dibuat dalam merancang perkahwinan anda.

Setelah anda menyediakan bajet perkahwinan anda, adalah penting untuk anda memastikan anda dan pasangan berpegang kepada bajet yang telah disediakan dan buat bandingan dengan perbelanjaan yang anda telah keluarkan. Jika anda dan pasangan berhasrat untuk memilih vendor yang lebih mahal daripada yang telah dirancangkan, anda perlu mengurangkan kos untuk item lain. Sama juga jika anda berbelanja lebih sedikit untuk sesuatu item, anda akan dapat berbelanja lebih untuk item yang lain pula. Sini, kami ada sertakan garis panduan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memudahkan anda merancang bajet perkahwinan anda.


Siapa Bayar untuk Apa

Penting untuk menetapkan siapa yang perlu membuat bayaran bagi setiap elemen dalam perbelanjaan perkahwinan. Anda tentunya tidak mahu menggangap ada orang akan bayar untuk sesuatu item dan hanya tahu yang pihak tersebut tidak bertanggungjawab membuat bayaran apabila sudah terlewat.

Zaman sekarang banyak pasangan yang memnyediakan sendiri perbelanjaan perkahwinan mereka. Namun ada juga keluarga pengantin perempuan yang membayar kebanyakkan kos perkahwinan. Kadang kala ada juga keluarga pihak pengantin lelaki yang mahu menyumbang untuk perbelanjaan. Cara paling selamat ialah untuk berjumpa dengan semua pihak yang akan menyumbang untuk majlis perkahwinan anda dan buat rancangan perbelanjaan yang paling sesuai dengan anda dan pasangan. Apabila anda sudah mendapat kata putus tentang sumber kewangan / penajaan, anda dan pasangan kemudiannya boleh mula merancang bajet perkahwinan anda.


Kami sediakan 'checklist' lengkap untuk memudahkan perancangan perkahwinan anda

Kebanyakkan pasangan tidak tahu bagaimana mahu mulakan perancangan perkahwinan. Jangan gusar, kami faham yang anda tertekan untuk memastikan semua perancangan siap sebelum hari bahagia anda tiba. Jadi, kami sediakan anda 'checklist'.

Anda boleh menjadi tertekan ketika merancang perkahwinan sebab terdapat banyak perkara yang perlu diurus. Jadi, penting untuk anda kekal terurus. 'Checklist' perancangan perkahwinan kami boleh membantu anda untuk memahami apa yang perlu anda lakukan dan bila perkara tersebut perlu dilaksanakan.